Sunday, August 26, 2012

HUKM



Gambar Tok Chik.
Tika mula-mula mama lihat gambar ni
dipostkan untuk keluarga
mama tak tahu mengapa ada
sebak di dada.


Dan pada 22.8.2012 mama terima panggilan dari chik
yang menyebabkan timbul tanda tanya...
dan disusuli panggilan dari tok mi
yang meleraikan tanda tanya itu.


Lalu...
kami berjanji jumpa di HUKM.
Memandangkan abah kerja 
maka mama pergi dengan Inn
dan jumpa dengan chik dan pak chik di HUKM
tingkat 6


Menurut doktor,keadaan agak kritikal
kemungkinan kerana semasa cuti raya hari tu
tok cik menerima ramai tetamu
yang datang untuk menziarahinya.
Ketahanan dirinya yang lemah menyebabkan
dia mudah dijangkiti kuman.



Pada petang 23.8.2012 Tok Mi tiba
dengan Su Nor dan ayah su dari Besut.
Mereka bergegas ke KL
setelah menerima berita itu.
Dan sekali lagi mama ke sana.


Pada tengah hari 25.8.2012
sekali lagi mama ke HUKM
bersama-sama abah,tok mi,mak dan wan.
Kami dimaklumkan Tok Cik yang amat kuat
dan tabah sebelum ini
telah lemah semangatnya.
Ohhh...

Gambar lama 

No comments: