Percaya tak?
Tahun ni mama kemas rumah untuk sambut rayaaaa
kata Izzat meriah gitu...
maklumlah ...selama ni mama tak kisah sangat
kerana biasanya beberapa hari sebelum raya
mama masih bekerja
dan bila cuti terus balik kampung.
Balik dari kampung...kerja pulak
tak sempat nak raya-raya
kalau ada pun yang datang beraya
hadapilah seadanya
seperti hari-hari biasa
Tahun ni berbeza sikit
Langsir ditukar 2 hari sebelum raya
dibantu oleh adik dan kak Inn
rasa macam kat rumah tok mi
Angah pulak beritahu Kak Alzalia nak buat kek lapis
walaupun dalam pantang.
mama kata ok...
kesian ...mungkin dia pun nak rasa suasana hari raya
sehari sebelum raya...
mama dah sibuk di dapur...
abah juga sejak pagi dah pergi pasar
Sebelum ahli yang lain bangun
mama buat apa yang patut dulu
antaranya buat kuah nasi dagang.
Lepas tu buat rendang pulak...
yang ditempah oleh along
along banyak juga membantu pagi tu..
mengupas bawang dan memotong
malah along juga membersihkan ayam
ooo boleh pun...
barulah rasa suasana raya
Setelah Inn bangun...
dia pula membantu
memeriahkan lagi
ruang dapur yang kecil
ikan untuk buat sambal...
nak makan dengan pulut
macam kat Besut
barisan agar-agar...
yang nak dibuat puding.
Malam raya anak-anak jejaka
mula membakar sate...
untuk makan sambil membakar
dan untuk esok.
Acara ni mama tak masuk campur
hanya sesekali menjenguk mereka
sekadar memberi sokongan moral
4 comments:
kek lapis tu ada lagi ke kak?
Bestnya akak beraya..teringin nak macam ni juga...entah bila lah gamaknya.
Rugilah org2 yg mencipta ketegangan sepanjang hidupnya...kerana org sekeliling akan menjauh dan semakin jauh...rugiii dan kesian
ada sikittttt je lagi...(konon-konon)
peredaran masa...jadi akak begini...
cuba cooollll...agar happyyy slalu..
Syoknyer raya......
cuba mencipta syok supaya tak kesedihan
Post a Comment