Juadah kami pada hari kedua ni
ialah nasi minyak @ hujan panas
@ pelangi...hihihi
apa-apalah
Lauknya pula kurma ayam...
sebenarnya hajat hati nak buat kuzi
tapi...setelah ditimbang-timbang
tahap kemalasan dan keletihan
maka ditukar kepada kurma
dan...rakan rapatnya
tentulah acar...
(acar lagi)
dan...
sebagai pelengkap mestilah
sambal (tak letak belacan)
kerana....ramai yang gatal-gatal
Selain menu utama
ada juga menu permintaan...
along nak makan pulut
jadi mama kukuslah sikit.
Along teringin nak makan pulut sambal
seperti di Besut...
mama pun cuba-cubalah buat...
(tak pernah buat sebelum ni)
Seperti raya pertama...
hari ini pun masih ada sate dan teman-temannya...
anak-anak memang suka
terutama acara bakar membakar
rendang pun masih ada untuk dihidangkan...
itu jelah ala kadar
juadah hari ini.
sekian terima kasih
hihihi
2 comments:
nasi minyak...nasi sensasi
kena buat banyak supaya x de yg kecil hati :)
amboiii masya...berpantun pulak
bestnya sebest nasi minyak...hihihi
(jawapan pelarian)
Post a Comment