Monday, August 27, 2012

Raya ke-5


Seperti hari-hari sebelum ini
untuk mengisi masa
kami masih menjalani sesi fotografi
(kihkihkih...perasanlah pulak)



Petangnya kami dikunjungi Tok Mi dan Su Nor sekeluarga
yang baru tiba dari Kuantan
dan akan sama-sama ke HUKM

                            
Si puteri kali ni moodnya baik
sejak awal dah ok




Dan sesi salam bersalaman
bermaafan
dan hulur menghulur juga diadakan
maklumlah masih dalam suasana raya...
dan kami pulak tak balik


Semasa nak ke HUKM
satu kejutan berlaku pabila si puteri
nak ikut kami...
kihkihkih...sukalah kak inn tu...


Kami ke HUKM untuk melawat Tok Cik
Doa mama moga Tok Cik cepat sihat...
diberikan kekuatan kepafda Tok Cik dan keluarga.

Bila balik dari HUKM
Mak dan Wan dah ada
baru sampai dari Besut,menumpang Din dan keluarga.
Mereka datang untuk melawat cicit
dan berhari raya juga...
Huuuu...mohon maaf dan terima kasih.
Terbaliklah pulak yang tua datang berjumpa yang muda(tuo jugak doh)

No comments: