Monday, October 31, 2011

Cyberjaya oh Cyberjaya


Sejak Mac tahun ni
mama sering ke Cyberjaya
mengantar dan mengambil
tetapi yang peliknya
selalu je salah jalan
bila nak balik ke Keramat


Dulu pernah sekali
dalam hujan lebat disulami kilat
mama tersalah jalan,termasuk satu susur
mama terus je....pergi dan pergi
mama tahu jalan tu mama tak pernah lalu

huh...mama ketika itu amattt takut
tapi nasib baik izzat ada
jadi dapatlah beri kekuatan pada mama
tahu tak ke mana akhirnya kami?
huhuhu melalui kawasan perumahan hingga ke jalan mati
kami pusing semula...nampak papan tanda ke KL
tiba-tiba keluar tepi UPM
rupanya kami sesat di Seri Kembangan


malam tu sekembali dari rumah chik
mama singgah makan di Restoran Ummi
dan terus hantar inn ke mmu


dan....sekali lagiiii
kali ni kami terlepas satu susur....
pergi dan terus pergi....
mama dah agak kami tersalah jalan
walaupun ada petunjuk ke KL
Mama terperasan mama lalu jalan ke rumah abang Arin hari tu
maknanya mama lalu Shah Alam
huhuhu...bayar tol,Rm2.00,Rm 7.50 dan Rm 2.00 lagi
husss akhirnya mama kenal tol yang akhir ni
barulah lega....
oh Cyaberjaya!!!!!

korea n vietnam


Sehari sebelum Deepavali sekali lagi chik dan pak cik
pergi bercuti....
kali ini tempat yang dipilih
mengusik kalbu....
kerana?pengaruh cerita popular satu waktu dahulu
iaitu ke Korea.....huhuhu

Selepas ke sana mereka transit pula
di Vietnam untuk membeli belah
huhuhuhu(lagi dan lagi)


Tapi sedikit yang mengubat jiwa
ialah ada bahagian mama
walaupun tak minta
hihihi(sekarang bertukar nada)
oppps....malu(sambil tutup muka)


kali ini chik belikan kain yang begitu sweet di Vietnam
rambang juga mata mama untuk memilih
tapi...yang ini juga menjadi pilihan mama
pink lagiiii...


Disebabkan mata yang dah terpesona
melihat gambar-gambar menarik di sana
mama serahkan tugas pilih alas meja ini
pada Inn...







Chik juga belikan FM ini untuk
mama dan kak alzalia
di Korea


dan FM ini pula chik belikan mama di Vietnam



Key Chain ni pulak chik beli di Korea
untuk anak-anak mama










Ni pulak T shirt
juga untuk anak-anak mama
2 helai dah diambil oleh
along dan Inn sebelum sempat mama snap

untuk chik dan pak chik
mama nak ucapkan(dengan penuh skima)
jutaan terima kasih
atas ingatan dan buah tangan
yang tentunya dibeli
dengan kasih sayang


Terharu mama...
ada je buah tangan
jika mereka bercuti
jadi...hihihi
dengan senyum-senyum
mama nak cadangkan....berjalanlah selalu

dan...
buatkan rombongan cik kiah...
boleh mama tumpang sekaki
tapi kenalah rancang awal-awal
maklumlah mamakan sibuk
ahakkk....

*** tq dik....tq syed
i love u...

Bukit Belacang


Sejak malamnya angah dah merancang
dengan adik-adik untuk pergi berkelah
memang mereka suka....
siap nak buat bbq kat sana...
memang itu juga kesukaan mereka

angah dan kak alzalia ajak mama
anak-anak pujuk mama
tapi...mama tak larat
nak rehat di rumah

jadi paginya mereka ke sana
along dan inn tak ikut
kerana sayangkan tidur...


Balik dari sana kak alzalia
kirimkan mama ayam bakar dan burger
dan....kuih kesukaan mama
huhuhu...terharu
terima kasih anak-anak

Hari Deepavali



Sejak petang Selasa abah ke GM
mengeluar peluh dan menunaikan tuntutan hobi
mama tak ikut serta
kerana anak-anak perlu ada ibu-mamalah tu
juga hujung minggu ni jadual mama agak padat
ewah...

Hari ni Izzat dan adik ikut angah ke Bukit Belacang
(akan cerita di n3 akan datang)
along ajak mama dan Inn ke JJ makan sushi
seperti biasa mama kurang setuju
lalu mama cadangkan makan di kedai asam pedas(minggo minggo)

Along berbelah bagi...
mama kata pergi dulu...
kerana menurut auntie ainun dan auntie liza
makanan kat situ ok
makan secara buffet


akhirnya setelah tiba di sana
setelah fikir dan fikir
kami setuju makan di situ...
ok....makanan di situ ok
berterasklan asam pedas
tapi ada juga lauk lain


Selain nasi ada juga bubur nasi,bubur jagung
buah-buahan...




Selepas makan...
pergilah pulak beli barang dapur
dan tentulah bekalan Inn

Friday, October 28, 2011

kerja dalam keseronokan



Terkantoi....malu ah...


dengan Ani


SU mama


riang ria teman-teman


berbisik dengan keceriaan

Monday, October 24, 2011

Setia Alam



9.9.2011 Abang Arin dan kak Ely jemput ke rumahnya
di Setia Alam-jamuan hari raya dan majlis doa selamat
sempena mereka nak menunaikan haji.

Tapi mama dan abah tak dapat pergi
kerana hari ni kami kerja
mulanya nak pergi pada malamnya
tapi tak jadi kerana kami dah warga emas rupanya
....keletihan kerana pada hari tersebut banyak aktiviti.

Tapi...nasib abah baik
abah dapat berjumpa mereka semasa
majlis hari raya rumah ayah ngah
mama tak dapat jumpa kerana ke Kuala Selangor

Alhamdulillah semasa ke rumah kak Aziah
mama berpeluang berjumpa mereka
sebelum mereka berangkat ke Mekah

Tapi... Tok Mi telefon ajak ke rumah mereka
sebelum mereka berangkat pada 26.10.11
Mama ok je walaupun sebenarnya tak ingat jalan ke sana
walaupun pernah sekali ke rumahnya.



Nasib baik chik dan pak cik juga nak pergi
jadi dapatlah kami tumpang mereka
kalau tidak ....rasanya sesat
hihihih

Su Nor yang menjadi penunjuk arah
rupanya dia biasa kawasan ni...
kawasan jajahannya...
hihihihi


Alhamdulillah hajat kami tercapai
dapat berjumpa mereka
moga mereka dapat menunaikan haji dengan sempurna
mendapat haji mabrul...amin

Sunday, October 23, 2011

Taman Cheras Vista


15.10.11-Sabtu


Mama menerima sms dan panggilan dari kak Aziah
Jemput majlis hari jadi Hany dan majlis housewarming



Masa mama sampai tok mi,su nor ayah chik dah balik
tok cik pun...huhuhu
tapi mama sempat jumpa
ayah su aman,mama long Ina dan cik su..
mereka datang lewat dari mama...


Masa mama sampai
majlis birthday pun dah selesai
birthday girl pun dah tertidur
atas dukungan abang boy
-mungkin terlalu letih


dahlah datang agak lewat...
kamera pula tertinggal...
huhuhu sedih...tak best nak cerita
tanpa bahan bukti...

Nasib mama baik...
beberapa hari selepas tu
kak aziah post gambar di fb
jadi...dapatlah mama cilok...
walaupun berita dah hampir basi

tapi...
mama tetap bersyukur...
dan mama doakan
abang boy dan kak aziah
beroleh kebahagian
dan moga hany menjadi anak yang soleha
amin...