Monday, October 17, 2011

3 sahabat pada 17 .10.11


Mama mulai mengenali auntie nasran
ketika kami sama-sama bertugas di SMART
begitu rapat...begitu akrab
bukan saja di sekolah
malah hingga ke aktiviti luar
tapi...akhirnya kami terpisah
dia berpindah mengikut suami ke Johor


Auntie Zaba datang setelah auntie nasran pindah
seolah-olah mama diberi penganti
teman setugas...teman berbicara
meluah rasa ....mereda jiwa...
tapi....juga tak lama
dia berpindah membawa hati
walaupun tidak jauh tapi
jarang berjumpa kerana kekangan masa

Tuhan penentu segalanya
Apabila auntie nasran balik dari Johor
dia ditempatkan sama sekolah dengan auntie zaba
mereka mula berkenalan
dan menjadi rapat....

Lalu selepas itu kami menjadi 3
Jika ada waktu terluang
kami akan bergabung
walaupun seketika
tapi amat bermakna


dan kini...
auntie nasran dinaikkan pangkat-tahniah
maka berpisahlah 3 sahabat di 3 tempat
tempat yang tidaklah jauh
tapi...
kami perlu mencari ruang untuk
bersama-sama mengisi kerinduan(ewah)



mama juga terdengar dari tiupan angin sepoi-sepoi bahasa
yang berita baik juga bakal menyusul buat auntie zaba
moga benar berita itu-Insya-Allah
Syukur dan tahniah

No comments: