Saturday, October 8, 2011

makan malam


Abah dan mama dah bersetuju nak jemput keluarga kak Alzalia


datang makan malam pada 6.10.11 walaupun angah tak ada.


Angah kursus di Perak,petang Jumaat baru balik.



Kalau nak tunggu angah balik bimbang tak sempat

kerana keluarga kak Alzalia nak balik hari sabtu ni.

Jadi, balik sekolah petang tu mama masaklah

ala kadar....asalkan ikhlas



Jadi yang paling mudah tapi sedikit glamor


ialah nasi minyak....untuk memeriahkan meja


tambahlah sikit-sikit walaupun keluar sedikit dari spesiesnya



Mama harap walaupun ala kadar


tapi membawa erti


erti persaudaraan


yang mengikat tali silaturahim

No comments: