Saturday, October 1, 2011

Jumpa

1.10.11 : Sabtu
Pagi ini mama mulakan dengan mengambil Amir di Hentian Putera
Dia datang untuk menduduki peperiksaan sekolah agama
Seperti permintaan ayah kie dan auntie ja
mama hantar dia ke rumah temannya di Setiawangsa
untuk memudahkan dia mengulang kaji dan ke sekolah


Setelah menghantar Amir mama terus ke Cheras
rumah ayah cik-tempat berkumpul
sebelum pergi kenduri menyambut menantu
anak sepupu mama
yang datang dari Kuala Terengganu

Rupanya tempat tu dekat je dengan
rumah ayah cik
jadi kami sampai agak awal

Di majlis itu dapatlah mama jumpa
saudara yang sudah lama tidak berjumpa
malah pengantin ini walaupun anak sepupu mama
tapi mama tak pernah kenal pun...

maklumlah masing-masing berhijrah
tambah lagi dia dibesarkan di KT...
syukur kali ni kami dapat berkenalan

Semasa balik ayah cik bawa ronda-ronda kawasan
kawasan yang mama dan tok mi pernah sesat
dan ayah cik tunjukkan pejabat pak cik...

Balik dari Cheras ,mama dan tok mi tertidur -keletihan
dan petangnya kami keluar makan...

No comments: