Friday, May 31, 2013

Duniaku





2012



2011 


  

2010



2009


2008




2007




Pertemuan Sallij

Masa yang ditunggu dah tiba
Selepas solat asar kami bertolak ke rumah tok cik.
Kami terpinga-pinga...betul ke hari ni?
Mama yakin betul...
tapi ahli yang lain belum tiba...
kami orang yang pertama.


Yelah...kami antara yang paling dekat.
Mula-mula bersalam dengan Tok Cik
nampak sangat dia letih dan sedih
rupanya hari ni dia baru saja keluar dari hospital.

Tok mi ada 5 beradik...
Tok Long dan Tok Cik dah kembali kepada penciptanya
Sekarang tinggal mereka 3 beradik...
(ni sebahagian kecil dari ahli sallij)

Makanan pada petangnya secara potluck...
makan sambil borak-borak
sementara tunggu magrib.

 Pada malamnya(selepas Isya)
 Tok Cik tempah makanan
nasi ..best...
tapi yang lagi best bila dapat berkumpul...
macam-macam cerita...

Selepas magrib diadakan tahlil dan baca yasin 
untuk semua keluarga sallij yang telah pergi menemui-Nya.
Moga mereka ditempatkan dalam  kalangan orang yang soleh.
amin...

sebelum majlis



25.5.2013


Sebelum majlis Tok Mi dan Su Nor datang ke rumah
kerana Pak Su Hariss ada kelas
di kawasan jajahan mama.


Sebenarnya petang ni kami ada perjumpaan
dengan ahli keluarga Sallij
yang dianjurkan oleh Tok Cik.
 

Sebenarnya semenjak Tok Cik (lelaki)
pulang ke rahmatullah Ogos tahun lalu
kami keluarga Sallij tak berkesempatan berkumpul

Walaupun kebanyakan ahli keluarga Sallij
berada di KL
tapi sukar untuk berkumpul serentak
kecuali ada majlis,acara,sakit @ kematian
kerana masing-masing ada tugas tersendiri.

Sebab tulah Tok Cik dah setkan masa
sejak sebulan lepas...


Tok Mi dengan rela 
melepaskan mama dan Su Nor gi berurut
Inn pula dengan senang hati sanggup menjaga Humyra
Humyra pula tak kesah ditinggalkan
Abah pula dah bawa Alya ke atas
nak tidurkan...

Sebelum berurut Su Nor sempat selesaikan tugas
di PO....kejap je...tak de orang
balik dari sana Su Nor sempat beli baju
juga baju untuk Alya
Terima kasih Nda Su...

alya


Mei 2013

2 bulan lagi

cukup setahun
 

moga sihat walafiat
di dalam rahmat-Nya


 
 

Thursday, May 30, 2013

jangan ketawa


 
jangan gelak tau....
tapi...mama duk seorang-seorang
senyum sendiri
gelak sendiri
gelak malu...


malu yang tak terkata
kalau seorang tak pe
boleh simpan je sakit tu
ini ada penontonnya


Hukhukhuk...
setiap kali berlaku
ada je saksinya 
nasib baik saksi tu tak gelak
(mungkin gelak dalam hati)
alahaiiii
 

tambah lagi dalam 2 bulan
3 kali terjadi
depan saksi yang berbeza
saksi yang terakhir tu 
yang amat memalukan



kalau ala-ala tarian balet 
 ok jugak
ringan je pergerakan
comel je nampak
ni tidak...
bagai nangka busuk...
hukhukhuk

 

sesekali fikir macam tak lojik
tak boleh silap sikit ,jatuh....
tapi ...memang itulah realiti
kalau dah tua...
ditiup  angin pun boleh jatuh
hiiiiii(nak hilang malu)
 

Kali pertama berlaku di bilik sendiri
terkejar-kejar ambil bahan
nak serahkan pada mereka yang bertugas
 



tanpa diduga kaki tersandung bakul ke kotak
entah...
bub...jatuh....kertas tak terlepas
terdengar suara simpati
"boleh bangun?"
boleh...boleh...(dengan suara gagah)
maluuuu


 

 Peristiwa kedua...
selepas berbincang dengan staf
mama masuk ke bilik
duduk....
tiba-tiba...prappp...
kerusi patah....
"ok ke?"
 datang saksi untuk membantu
huuuuuu
maluuuu
 
 



 Yang paling memalukan...
tika mama sibuk menyiapkan bahan
bagi persediaan pemantau di bilik Q
tiba-tiba nampak bos
mama berlari anak(sila bayangkan)
nak sampaikan sesuatu
tiba-tiba...suppppppp
tergelincir...bedeput...
 hampir-hampir depan bos
Ya Allah....malunyaaaa
nasib baik bos tak gelak...selamba je
mungkin kesihankan mama
mama pun buat macam tak de apa-apa
sambil bangun sambil menyampaikan

 
saksi kedua yang ada di bilik tu pun
mulanya buat tak nampak 
(kesihankan mamalah tuuu)
tapi...sebenarnya dia pun nampak
(dia beritahu selepas tu)
hukhukhukhuk....
malunyaaaa...


setiap kali kejadian
mama tak rasa sakit pun...
yang rasa hanya maluuuu
tapi....bila balik rumah...
adoiiiii....
sakit dan malu bercampur aduk









Ikhtiar


19.5.2013
manisnya nampak...
tapi tak leh minum...
batuk...
 


Mama dan Tok Mi  menuju ke Cheras
cuba,usaha,ikhtiar
atas cadangan ayah cik


Sebelum ambil ayah cik kami singgah makan
di restoran Diju
Ayah cik tunjukkan tempat...
dua proses...
yang pertama...dapat dikesan
yang kedua....ada halus-halus
Insya-Allah moga dipermudahkan...
dan diredai Allah
dan sihat walafiat...amin

lunch etc

 
24.5.13

lunch di Saba dengan angah,kak alzalia,inn dan pastilah alya
terima kasih angah...
terima kasih alzalia






















 selepas makan ke JJ Setiawangsa
angah dan kak alzalia nak membeli
begitu jugalah inn



setelah kami dihantar pulang
mama dan inn ke kedai dobi pulak



dari sana terus ke JJ Wangsa Maju pulak
Inn nak beli kasut
mama TERbeli handbag
dan belikan pelampung untuk Alya