Friday, May 31, 2013

sebelum majlis



25.5.2013


Sebelum majlis Tok Mi dan Su Nor datang ke rumah
kerana Pak Su Hariss ada kelas
di kawasan jajahan mama.


Sebenarnya petang ni kami ada perjumpaan
dengan ahli keluarga Sallij
yang dianjurkan oleh Tok Cik.
 

Sebenarnya semenjak Tok Cik (lelaki)
pulang ke rahmatullah Ogos tahun lalu
kami keluarga Sallij tak berkesempatan berkumpul

Walaupun kebanyakan ahli keluarga Sallij
berada di KL
tapi sukar untuk berkumpul serentak
kecuali ada majlis,acara,sakit @ kematian
kerana masing-masing ada tugas tersendiri.

Sebab tulah Tok Cik dah setkan masa
sejak sebulan lepas...


Tok Mi dengan rela 
melepaskan mama dan Su Nor gi berurut
Inn pula dengan senang hati sanggup menjaga Humyra
Humyra pula tak kesah ditinggalkan
Abah pula dah bawa Alya ke atas
nak tidurkan...

Sebelum berurut Su Nor sempat selesaikan tugas
di PO....kejap je...tak de orang
balik dari sana Su Nor sempat beli baju
juga baju untuk Alya
Terima kasih Nda Su...

No comments: