Saturday, May 11, 2013

Melaka

5.5.2013 : Ahad
Tarikh bermakna...tarikh bersejarah
PRU 13 dan majlis perkahwinan
Puteri Kamariah dan Nor Hashim


bila dapat panggilan dan terima kad
mama dan abah dah merancang
akan ke majlis tu
Tapi tidak diduga...
PRU jatuh pada tarikh itu
jadi abah tak leh pergi
...balik kampung untuk menunaikan tanggung jawab


Mama pun pada mulanya
nak balik kampung
tapi demanlah pulak...
batuk menjadi-jadi...

Oleh itu mama tak jadi balik
abah je balik
jadi mama mula merancang-rancang

Pergi ke Melaka pada hari Sabtu
dapat rehat kejap
hari Ahad selepas je majlis
terus pulang....taklah letih sangat
Lalu mama pakat dengan anak-anak
Tapi...
Along di Johor sejak Khamis
Angah ada kenduri di Shah Alam
Inn tengah hari baru boleh balik
Izzat  ada kenduri di Kelang
Amirul....seperti biasa...tak berminat

 
Ok mama akan ke sana dengan Inn
tapi...bila dah tengah hari
badan mula letih lesu...
deman balik
batuk bertalu-talu...
batal...gi pagi Ahad


8.30 selepas along gi mengundi
mama bertolak ke Melaka
Mama sampai sebelum pukul 11.00 pagi
sempat make up
sempat bergambar

Bila nampak je ada 2 kumpulan yang menuju ke dewan
kami pun ikut dari belakang.
Kami antara tetamu yang paling awal

Tuan rumah pun belum ada
apatah lagi tetamu
yang ada hanya petugas2


Kami makan dulu...
ambil bahan bukti...
santai-santai sementara tuan rumah sampai.


Alhamdulillah...
akhirnya sempat berjumpa Kamariah dan suami
Tahniah kerana beroleh menantu
semoga anakanda dicucuri rahmat



Syukur Allah permudahkan
perjalanan kami lancar
Tapi Inn bertanya
'mama berbaloikah mama datang?'
mungkin dia berkata demikian kerana jaraknya jauh
dan keadaan kesihatan mama yang kurang baik.


Ya...berbaloi
kerana nilai persahabatan
tidak terbeli...

No comments: