Wednesday, January 30, 2013

tergesa-gesa



26.1.2013- hari sabtu
abah tak kerja ,
ada di rumah.
Jadi pagi kami dimulakan dengan bersarapan
makan roti canai
bukan tempat biasa
kuahnya dibubuh dalam piring besi
lama dah tak tengok....

selepas sarapan mama tergesa-gesa
ke sekolah,mengantikan teman mama
yang bertugas hari ni.
balik dari sana mama
tergesa-gesa bersiap
nak ke majlis pertunangan pulak

kami berkumpul di rumah ayah din
di jalan stonor
sebelum berangkat ke kota damansara


balik dari sana kami tergesa-gesa
ke taman melawati pula
ada satu lagi majlis

 

majlis cukur jambul 
sepasang cucu kak ani
yang lahir pada hari yang sama

alhamdulillah....
walaupun lewat 
mama sempat jumpa teman-teman
(tentulah yang lewat juga)

malamnya....
hihihi alya datang...

Tuesday, January 29, 2013

'buat'

 Petang Sabtu  26.1.2013
mama terima sms dari chik
jemput bersarapan di rumahnya esok
hikhikhik...tiba-tiba je
no hal punya
mama ok je kalau setakat nak gi makan
tapi hari sabtu chik kerja
Ahad ajak makan
Isnin  kerja jugak... 
hebat adik mama ni...
bila dia nak masak...
oooo patutlah...
chik siap bungkus lagi nasi berlauk ni..
 malah Chik sempat buat laksa
laksa kuah lemak
tapi sayang mama tak sempat makan
bukan kerana tak cukup
 tapi...terkenyanglah pulak

menurut ceritanya
karipap tu tok mi yang buat
cara klim tepinya tok mi buat 2 cara
mengikut inti di dalam
hebat sungguh....

haaa...yang ini jangan pulak tak percaya
ayah cik yang buat
walaupun acik tak de balik Kuantan
ayah cik memang ikut tema
tema hari Thaipusan

Mama hanya buat roti canai...
oiiii susah tahu
uli,tibai lagi...
ummmp jangan tak caya


Su Nor pula lupa nak tanya
almaklum sibuk...
tapi...sebenarnya banyak makanan 
hari tu tak tahu pemiliknya...
ampunnn Su Nor

Cik Ngah pula buat nasi lemak
siap dengan teman-teman nasi lemak sekali
sambal bilis,ayam,telur,timun
alahhh kira cukup lengkaplah...

Tapi...
Ayah Teh tak de hari ni
mungkin mereka bercuti
sempena cuti panjang...

konsep kali ni ialah
makanan yang telah diusik dan terusik
kerana lupalah pulak...
sibuk bercerita dan makan
hingga terlupa nak ambil bahan bukti...

emmm kenyangnya...
terima kasih chik dan pak cik
sebagai penganjur
terima kasih semua
kerana memeriahkan.


dari dia/dear

sebelum subuh
semasa mama buka
mama lihat ini
untuk mama
dari my dear
suka,terharu
tq...

Thursday, January 24, 2013

kata ganda

Pagi 22.1.2013 seperti biasa mama
sampai ke sekolah sebelum pukul tujuh.
Tetapi hari ni agak luar biasa....
keadaan sekolah gelap gelugup @ gelap gelemak
bakpo pulok ni...
biasanya cerah neran dah...
ketar gegar jugak nak masuk pejabat...
eiiiiiiiii


 
oooo...rupanya blackout
kalau macam ni...
boleh cuti ke?
kihkihkih....


yelah...
gelap satu hal...
tak pelah nanti matahari membantu
tapi yang tak tahannya ....panasssss....
walaupun bukanlah kategori panah neting
tapi... peluh jeruk....peluh rejap
huhuhuhu



nasib baik tak dok bau busuk bangar
hapak kohong pun tak
yaaaa....nasib baik...
kalau  tidak boleh pengsan...
uhuhuh.....


Ni kerana hari ni tak panas ceng ceng
 jok ong  jah.....jadi dapatlah
bertahan hingga 2.30 petang
walaupun begitu rimas....
 

Monday, January 21, 2013

realiti


realitinya letih
letih memikirkan
letih melayan

 
hakikat sebenarnya
kecewa dengan sikap
yang mementingkan diri
tidak boleh bertolak ansur
nak tunjuk hebat
dia saja yang sibuk

sebenarnya berusaha untuk
mengubat hati sendiri
untuk positifkan
untuk relakan
 
tapi
kata mereka
rasa di dalam
terzahir di wajah
walaupun telah berusaha menutupnya.

rombongan




Petang Sabtu : 19.1.2013

Atuk mengetuai rombongan
ke Apt Mahsuri

  
Rombongan sambil belajar?
tak...tak...bukaannn
untuk apa?
tentulah untuk jumpa
Alya serta mama dan abahnya


 ini kerana tiap hari
ayah long tanya alya
nak gi kerja sebut
balik kerja cari

tambah lagi chik inn balik minggu ni
apa lagi...
lagilah kuat faktor pendorong

 tambah lagi...
rasa dah lama alya tak ke rumah
rindulah tuuu seisi rumah

rombongan tak habis di situ
setelah berpecah....
alya ke bangsar
dan ayah long ke shah alam
mama pula meneruskan penjelajahan
ke JJ setelah hantar abah


untuk apa?
apa lagi kalau tak membeli keperluan inn
nak bawa ke asrama...

Sunday, January 20, 2013

orang kaya yang letih...

yahooo.... 
menjelang 16 Jan
mama bakal jadi orang kaya
tapi ... sibuklah pulak rupanya


maklum itu maklum ini
buat itu buat ini
urus itu urus ini

Sebelum tu
gi taklimat
dengar betul-betul takut tak terdengar
lepas tu beri taklimat
buat betul-betul takut salah cakap....

Bila tiba harinya...
lagilah sibuk
nak pastikan semuanya berjalan lancar

oooorupanya
jadi orang kaya pun letih jugak ye....
ingatkan boleh goyang kaki

Jadi untuk hilangkan letih
kami gilah makan-makan
walaupun kami dah tak kaya lagi....

 90% dah tak de...
dah habis...
tinggal 10% lagi nak tunggu dituntut...
kaya sekejap ye...tapi punyalah letih
hihihi