Di penghujung perjalanan ini nenek mohon
kepada Alya.....
moga sebelum nenek pergi
tunaikanlah...
mata:
pandanglah nenek dengan kasih sayang
sebelum mata nenek tertutup rapat.
mulut:
luahkan isi hati,bicara sayang
jangan bekukan...nenek tak tahu dan tak faham.
telinga:
dengarlah rintihan nenek
agar ringan bebanan rasa
kaki:
bawalah nenek berjalan-jalan
sementara nenek masih dapat melangkah
tangan:
pimpinlah nenek erat-erat
kerana nenek perlukan kekuatan
hidung:
ciumlah nenek
dengan semerbak cinta mewangi
No comments:
Post a Comment