Saturday, January 5, 2013

penghujung


31.12.2012
Sedang bersiap-siap
abah terima panggilan telefon
dari rakan sesekolah dia dulu

Mereka nak jumpa...
ajak minum di Tok Fakir
oooo dekat dengan kampung hamba tu...

Mulanya mama tak nak ikut...
maklumlah mamakan pemalu(hihihi)
tapi...abah tetap desak...
ikut jelah....
makan nasi dengan gulai itik
sedap jugak(tak nyesal)

Banyaknya cerita mereka...
ramainya kawan mereka yang sakit 
dan yang tiada....
kami?


Balik dari sana kami
minum -minum
berserta roti dan kuey teow


Terima pula panggilan dari Yah
semalam tak sempat ke rumahnya...
lalu buat temu janji di sini


Selepas itu terus ke rumah mak
jumpa mata dengan mak dan wan.
teruskan semula perjalanan.
 
Hari ni perjalanan kami
diiringi hujan ...rasanya nak banjir lagi
nasib baik dah bawa bekal nasi belauk pak Jat
 


Masuk kawasan Pahang...
dah tak de hujan lagi....
berakhirlah sudah perjalanan kami.
 

No comments: