Showing posts with label pergi jua. Show all posts
Showing posts with label pergi jua. Show all posts

Wednesday, June 18, 2014

jambatan ilmu


pusat sumber gedung ilmu
harapan kita akan bertemu
walaupun hanya sebagai tetamu
Kekal di hati tiada jemu

pemberian pertama dari jefri
terima kasih tidak terperi
tangan dihulur menyusun jari
andai tersalah tanpa sedari


ini pula dari soleha asmat
rasa kasih mungkin tersemat
semoga kita  beroleh selamat
juga  mendapat ribuan rahmat

melalui wan al-quran diterima
dari sharil empunya namà
Telah kenal sekian lama
dirinya dan isterinya pun sama

Al-Quran dari Si Ruby
terima kasih kalungan budi
ingatan sayang kekal abadi
selagi berdenyupnya  nadi





Saturday, June 14, 2014

with bos


4.6.2014


Sebenarnya dah lama Nun beritahu 
bos nak belanja makan
tapi ada saja halangannya


kali ni pun sama...
nyaris-nyaris tak jadi kerana Illa dan keluarga nak datang
tapi mama rasa tak pelah...
mama siapkan dulu apa yang patut...
masak dulu sebelum keluar

 
Jadi...hari tu kami bertiga
makan di Restoran Pegaga
Terima Kasih bos kerana sudi belanja
anak buah yang biasa2 ni
terima kasih banyak2...


tukar rancangan




3.6.2014

hari ni janji dengan izzat nak keluar
tapi tergendala kerana kena tunggu tukang
siapkan tandas
alahai...
 bila dah siap...jom...
izzat kata ke ikea...
mama kata ke c4
lama2 oklah ikea....

 dah masuk duke...
tiba2 dapat panggilan dari zaikham
tanya kedudukan rumah
ya Allah terlupalah pulah
janji nak jumpa dia hari ni
ok patah balik...

bila sampai dia dah ada depan rumah...
bersama ayie
sila masuk...


terharunya mama
dia hulurkan album ni...
emmmm memori indah
ayie pulak berikan keris lambang kemelayuan


terima kasih dinda berdua...
moga perpisahan ini tidak
terputusnya hubungan kita...
terima kasih...




Thursday, June 12, 2014

kamarul hafiz



30.5.2014

semalam mama dapat tahu dinda kamarul
dapat pindah ke kampung halaman
@ melaka melalui fb

 tidak sangka permohonan pertamanya berjaya
syukur walaupun sekolah akan kehilangan
satu lagi eset


buat janji temu



jadi hari tu kami berkumpul dulu di sekolah
kerana ramai di antara mereka
 yang buat kelas tambahan.

 
kami  berempat ke JJ
untuk beli hadiah untuknya.


selepas beli hadiah kami menuju ke situ
pilih tempat....borak2 sementara ahli
yang lain  tiba....


makan dalam harmoni...

bergambar pulak
mungkin untuk yang terakhir
tapi moga masih ada ruang untuk ketemu


Wednesday, June 11, 2014

wangsa grill


 
28.5.2014

 seperti yang dijanjikan hari ni mama ke sekolah
jumpa mereka di sana

Sebenarnya dah lama mereka  ajak mama keluar makan
 


tetapi asyik tertangguh kerana pelbagai kekangan

Minggu terakhir sebelum cuti sekolah
mereka pergi kursus nunnn di PD

Nun pulang sibuk kerana bapa mertua kritikal
dan akhirnya kembali kerahmatullah
Jadi...hari ni on...


mulanya mereka nak bawa makan di Melawati.

 
tapi...tutuplah pula

Akhirnya kami ke Wangsa Melawati

Makanan ala Barat

oleh Chef Zubir

tempatnya agak selesa untuk borak-borak
kerana tak ramai orang

terima kasih buat 3dara yang belanja mama makan
tqvm
i love u all so much


buku ni....3 buah ....
400 + 101 + 365 =866 hari.....
tq dear....



Monday, June 9, 2014

pizza hut

21.5.2014

 suatu hari beberapa orang anak mama datang berlari2
tanyakan bday mama...
ehhhh ada apa pulak ni....

seminggu atau 2 minggu lepas tu
wakil murid 4arif datang jumpa mama
cikgu boleh tak kita keluar pada....

mama kata ...ok
tapi ingatkan balik almaklumlah dah...


sekali lagi mereka datang
tukar tarikh dan beritahu tempat
Pizza Hut Wangsa Maju


mama hulur duit...
mereka beria2 menolak...
mama mengalah


lalu mama belikan kek yang sekenik tu
kerana mama sangka tak ramai


rupanya ramai...
dan mereka juga dah beli kek bday  untuk mama

mama jadi malu kerana 



kek mereka lebih besar daripada  kek mama


kedua kerana kat kek tu mama tulis 4arif
sedangkan kelas lain pun ada 

nyanyi2 lagi...
nasib baik mama dapat kontrol ayu

tiup2 lilin bagai...
malu dan bahagia
terima kasih banyak2 anak2 cikgu....
i will miss u all.