Saturday, October 31, 2009

penuh kenangan


Cross Steach merupakan antara aktiviti masa lapangku
suatu ketika dahulu.Malah menjadi kegilaanku.Yang
panjang ni aku buat masa di Kuala Krai lgi.Ada satu lagi
yang sama panjang tapi bunganya bunga mawar....
tapi dah lama pecah ,tak baiki-baiki hingga sekarang.

Yang ini aku buat sempena ulang tahun perkahwinan kami yang kelima.
Bina masjid,semoga cinta kami tetap kukuh dengan keimanan.



My room and our room merupakan antara hasil kecil tapi penuh makna.
Kini tiada lagi our room...dah jadi milik perseorangan....


Seperti yang pernah disebut ini rumah idaman.
Ada sungai dan bunga.Best....juga rumah di tepi sungai.Memang sejak dulu
sukakan suasana ini.




Ini juga rumah idaman,dikelilingi bunga-bunga.
Hasil tangan sempena ulangtahun ke-13.
Bunga di rumahku semakin hilang tapi
masih kekal dalam gambar dan anganku.
hehehe

Juga laman yang dihiasi bunga-bungaan
Ini aku buat sebagai hadiah Hari jadi Inn pada 7.6.1996 iaitu ketika
dia berusia tujuh tahun.Banyak lagi CS yang aku buat,masih ada
walaupun ada yang dah rosak.Selain CS aku juga buat long steach.Ini aku buat sebagai hadiah hari jadi
Izzat.Seronok tengok budak ni tidur,tenang.

Yang ini aku buat semasa menunggu Izzat di IJN.Pembedahan demi
pembedahan.Cadangan awal ingin dihadiahkan kepada Dr. Mazni yang
membantu Izzat tapi tidak jadi berbuat demikian.
Ini untuk Izzati sempena hari jadinya juga.

Selain bunga aku juga suka pada buah-buahan.ini aku buat pada 1996.
Kini aku tidak lagi aktif kerana mata sudah kurang mengizinkan...
Ini merupakan hasil terakhir yang dibuat sempena pertunangan Puteri
Bongsu.Minatku dapatku hasilkan untuk insan tersayang.Mungkin
juga hasil yang terakhir.....

koleksi

minyak wangi
bunga-bunga tembikar
mug n balang
dari Iran
buah-buahan

bunga lama-tradisi

mawar oh mawar


sejambak mawar
pinggan mangkuk
wall paper
hiasan
langsir
baju

mawar putih

jiwaku


1.Menjahit

Sejak dulu aku suka menjahit.Tapi bukan menjahit baju.
Yang aku buat hanya CS dan LS.Banyak yang aku buat.
Sampul bantal baby,Chair back,alas meja,hiasan dinding dll.
Ia memberi kepuasan padaku.


2.Buku Skrap

Sejak gadis sunti aku suka buat buku skrap.
Dulu Mi langgan akhbar dan majalah.Habis gambar-gambar
menrik aku gunting dan tampal dalam buku yang telah digunakan.
Antara bahan yang terdapat dalam buku aku ialah resepi masakan,hiasan
dalaman,hiasan taman,gubahan pengantin,pelamin,baju pengantin
dan lain-lain yang menarik.


Jika aku asyik menggunting dan menampal aku tak sedar pukul
2 pagi.Menyeronokkan....dapat kepuasan.

3.Bergambar

Aku juga suka bergambar.Ambil gambar sendiri.
Tapi kamera aku dulu taklah macam ni....yang biasa aje.
Itu pun Mi dan Bat beli kerana Mi pun minat jugak...
Bila ke U,biasiswa pertama aku beli apa?
antaranya kamera.....hehehe minat....
Atau aku ke Jerteh dengan Ros.Ambil gambar di kedai
Lee Hock,kira pelanggan tetaplah masa tu...
Sekarang diikuti oleh Izzat.
4. Menanam bunga


Suka sangat pokok berbunga tapi taklah sampai
cium hingga masuk ke hidung(sorry!!!)
Pasal tahap kekhusyukanku tidak terlalu tinggi.

5. Membaca Novel dan menulis
Suka baca buku cerita dan novel termasuk novel pensyiasatan.
Juga suka menulis tapi lepas kahwin aku mula tidak
menulis lagi kerana tak punya masa.

6. Window shoping

Satu lagi yang aku suka hingga kini ialah window shopping
terutama bahgian hiasan rumah.

7. Jalan-jalan

Sekarang suka jalan-jalan bak kata pepatah jauh pejalanan luas pengalaman.
Aku juga sekarang dapat satu keseronokan baru iaitu menulis di blog.
lega dan ada peluang kembali ke zaman lampau...
Tapi banyak aktiviti yang menjadikan jiwaku tenang telah aku
tinggalkan.Masa dan usia menentukan...

Monday, October 19, 2009

dilambung ombak




Hari ini kau datang riang

Tersenyum buatku senang
Kau hias dirimu
Membuat hati bertambah
sayang

Tapi wajahmu semalam
muram
Mengapa dewi mengapa
Mungkinkah ad yang bersalah
Cubalah dewi katakan

(korus)
Jangan dewi jangan begitu
Senyum, senyumlah selalu
Manis riang
Wajah bertambah jelita


Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...

Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja ah... ah...

Puja lah ia sekadar
Oh sekadar saja

( korus )
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Lupakan saja asmara
Pada asmara...

Lupakan saja asmara
Pada asmara...

Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...

Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja ah... ah...

Puja lah ia sekadar
Oh sekadar saja

PTK oh PTK

Aku masih ingat awal tahun ni Sumarni telefon,tanya sama ada aku
nak daftar PTK 48 tak.Nak jawapan masa tu juga.Aku tak pasti lalu
aku kata daftar jelah dulu.Kalu tak ready ,batal kemudian.Tiba-tiba
beberapa hari sebelum raya aku terima surat- PTK pada 26 - 30.10.2009.
Aku tak pasti nak gi ke tidak sebab waktu tu banyak kerja dan hal
yang perlu diselesaikan.
Aku buat jugalah esei.Alhamdulillah tiba-tiba seorang teman dari
utara yang juga akan menghadapi PTK fak bahan public speaking
untukku.Terima kasih Pah tapi tajuk tu agak berat.Tak pe aku
cuba je lah.Hafal berabuk hingga anak-anak pun kagum(mungkin...)
Itulah anak-anak,untuk berjaya bukan senang.Mama yang tua ni
pun terpaksa bertungkus lumus.(Selingan)

Ramai sebenarnya yang beri sokongan dan bantuan:
1.Pengetua : Tanpa diduga suatu hari pengetua memberi taklimat PTK
Seperti orang mengantuk disorongkan bantal
: Aku juga meminta panduan dan pendapat darinya walaupun
malu-malu
2.En.Rauhi : Pengetua MCKK , dengan takut-takut dan
malu-malu aku hantar email dan call dia.
Alhamdulilalh dia memberi respon yang baik.
Terjawab beberapa persoalan.
3.Pn.Norainun:Tempat aku merujuk,mendapat keyakinan dan
untuk pengesahan.
:Ajar balik buka dan hantar email
:Beri kekuatan untuk hubungi En.Rauhi

Ramai lagi......
Terima Kasih semua.....

pilihan mereka

Mama ada 5 orang anak.
Semuanya kuat makan.
Masing-masing punya makanan kegemaran masing-masing.
Mama tahu dan mama ingat...
Malah hampir semua makanan anak-anak
sama ada tradisional atau moden
mama tahu.Antaranya....



 WAN MOHAMAD RUZAINI


Yang luar negaranya..
along suka sushi.Tapi sayang mama tak berapa suka...
jadi tak leh lah nak nikmati bersama
tapi ramai lagi pengikut yang sama selera
Haaa kalau makan nasi , along suka
daging goreng kunyit
kalau gi makan kat belakang masjid Keramat
dah hafal apa yang dia akan order
 

Kek pula dia suka kek keju..
Dia kata dia pandai buat
masa kat Jepun dia selalu buat
Tapi...kami tak dapat sahkan
kerana
di sini dia tak pernah menunjukkan kepakarannya
....belum terbukti

WAN MOHAMAD LUQMAN AL_HAFIZ
Angah pula suka Md D.Dulu tiap hari minta mama beli Md D
sampai mama muak
dengar je dah muak(guna unsur haiperbola,hahaha)
please... dahlah....
mama tak leh nak tumpang makan...
sekarang angah jarang minta mama belanja Md D. lagi
tak tahulah sama ada dia juga dah jemu
atau makan kat luar dengan orang lain....
Lauk pula angah suka sup gear box
oiii banyak lemaknya...
angah kalau terlalu teringin nak makan
dia akan beli tulang dan bahan-bahannya
mama akan masakkan
dia suka ratah jeee...

Angah selalu jugak suruh mama buat kek belang
kek belang warna warni
dia suka sangat
pasal dia teringat masa dia kecil-kecil dulu
mama suka buat kek ni
tapi sekarang mama dah jarang buat
kalau tak ada permintaan


 WAN NURUL IZZATI
Inn suka makan speggeti.
Dulu dia suka buat..
Tapi selepas dia diusik oleh angah
dia macam merajuk
tak buat lagi....rugi leee

 
Sejak akhir-akhir ini dia suka makan ayam masak kicap
balik dari asrama itu yang dia minta
ok jugalah pasal taklah susah sangat
 

Kalau kek Inn suka secret resepi
Katanya best
Tak boleh beli sebiji,sekeping pun cukup
Mama pun suka...
Boleh tumpang sekali...


WAN MOHAMAD IZZAT HAFIZIIzzat pula suka KFC
eiiii sukanya dia
tapi yang ini ramai yang jadi penyokong
jika diminta pendapat
Ikan keli masak merah
akan jadi pilihannya jika makan di kedai
Dulu mama tak pernah masak ikan keli
sekarang bila anak-anak dah besar
kadang-kadang mama masak juga

Kek Ice Krim jadi kegemarannya
tu sebabnya kot yang dia kerja sambilan
di kedai ice krim sekarang
sementara cuti....
WAN MUHAMAD AMIRUL
masa nak belanja makan
Kalau tanya nak makan apa
adik akan kata laksa shacks
laksa singapura
dia makan licin minyak
Singgang jadi lauk pilihannya
tak kira ikan apa,ok jee
masakan yang mudah,berkhasiat dan menyelerakan
tambah jika disertakan dengan sos bilis
Kek pula,kek coklat
hitam tapi menyelerakan
mama pun suka tolong makankan....

Mama terfikir mama ingat semua kegemaran anak-anak
agak-agak anak-anak tahu makanan kesukaan mama dan abah?
heee soalan cepu mas