Friday, October 9, 2009

budi dikenang

Selepas saja cuti raya aku terus pergi mesyuarat.Kali ni mesyuarat di KL
saja iaitu di Vistana.Sebenarnya Vistana bukan asing untukku,hanya 15
minit dari rumah.Ini juga bukan kali pertama aku ke sini.Tetapi biasanya
aku ke sini kerana jamuan akhir tahun atau jamuan hari guru.
Jadi biasanya aku hanya datang ke sini berlenggang lengguk tanpa
membawa apa-apa.Biasanya juga aku menumpang teman-teman
tanpa memikirkan masalah tempat parking.Kali ini aku memandu
sendiri.Selepas aku meletakkan kereta aku mengusung beg dan
mencari lif ke lobi tapi semuanya menggunakan tangga.Oii mengeluh
kuat aku tambah lagi melihat seorang pemuda yang baru meletakkan
motosikalnya lalu menuju laju ke arahku.Aku mula terbayang
macam-macam.

Terkial-kial aku mendaki anak tangga sambil mengusung beg yang
berat dengan pelbagai barangan termasuk sterika dan sebelah tangan
membawa laptop.Termengah-mengah aku yang sesenja ini tambah
lagi perasaan takut mula menular apabila melihat pemuda tadi betul-
betul di belakang aku.Pemuda tadi tiba-tiba mengambil beg beratku
lalu membawanya sambil tersenyum.Aku tak terkata.Apabila sampai
di tangga paling atas dia membuka pintu untukku dan meletakkan
beg di tepi lalu terus berlalu.Aku memanggilnya dan cepat-cepat
mengeluarkan sekeping wang.Dia menoleh dan hanya tersenyum.
Sepatah katanya,"tak yah,"sambil terus berlalu.Aku hanya mampu
mengucapkan terima kasih dan melihat dia hilang dari pandangan.


Aku bersyukur kerana dia sudi membantu tanpa ku duga malah aku
rasa bersalah kerana pada mulanya aku prasangka padanya.Dan aku
kagum rupanya masih ada remaja yang mempunyai nilai murni.
moga generasiku akan terus segar dengan nilai murni kerana budi
bahasa budaya kita.Aku teringat pantun lama:

pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga

2 comments:

kasihredha said...

kadang2 orang yg kita sangka baik sebenarnya tak baik...tapi orang yang kita sangka tak jujur adalah orang yang jujur...itulah uniknya kehidupang.

Unknown said...

itulah...
banyak pengajaran sebenarnya
dari peristiwa lebih kurang
5 minit itu.
yg paling penting kuranglah
sikit mengah dan ngepek