Sunday, October 18, 2009

bebunga wangi



Ramai yang bertanya kenapa mawar?
Peminat dan penziarah blog
mungkin dah dapat sedikit gambaran
daripada analisis si bongsu
kira 65% betullah tu...

Kata si bongsu :
Mawar adalah antara bunga yg paling mahal di pasaran..
dan mawar adalah sekuntum bunga yg sangat cantik dipandang mata
(yang ini betul amat....hahaha)
dan wanginya tiada tandingan..
namun,secantik ianya dipandang mata,
bila dipegang, durinya mampu mengundang titisan darah..

Itu juga antara sebab aku suka mawar...

Dua hari lepas aku terkejut
apabila angah bertanya :
kenapa mawar?
aku tak terjawab kerana


aku hairan...
aku tertanya adakah dia berjaya
menyelongkar blokku
oh tidak.....



    Sebenarnya dari zaman remaja aku sukakan


    pokok yang berbunga


    tambah lagi jika wangi baunya


    Antara pokok yang menjadi kegemaranku


    ialah mawar.....


Sejak dulu juga aku angankan yang rumahku
bertaman, yang dipenuhi pokok-pokok bunga


macam rumah nenek kebayan dalam cerita lama
tapi kenyataannya tidak
itulah biasalah kenyataan tidak seindah harapan



Zaman remaja aku suka menulis
walaupun entah apa-apa
tapi pernahlah juga keluar paper hehehe
Dulu nama penaku Ma Yusoff bukan mawar

Tapi di akhir remaja ....
aku suka guna mawar kerana
jeng..jeng..jeng...
ma..wa..r

Sebenarnya bukan bunga mawar saja aku suka
bunga kemboja pun
kerana kecantikan pada bunganya
Aku memang tak berapa sesuai tanam pokok berbunga
kerana biasanya pokok yang ditanam tak keluar bunga
tapi hanya daunnya saja lebat

tapi percaya tak rumahku dah ada pokok kemboja merah
subur dan berbunga lebat
aku suka lihat bunga itu gugur di atas keretaku pada waktu pagi


nak suruh gugur dalam kolam,tapi kolam tak de...


tak pelah atas kereta pun ok jugak


aku rasa pokok ni subur dan berbunga
kerana aku ambil benihnya daripada kaktus
tangan kaktus dan suami sejuk
semua pokok menjadi
dulu aku sangka aku tak sesuai menanam bunga
kerana aku pun hanya ada sekuntum saja bunga
di rumah
yang lain hanya kumbang

tetapi apabila aku lihat kaktus
aku berkata,tidakkkkkkk
kerana kaktus semua kumbang
tapi di tamannya penuh bunga mengembang

Aku juga suka bunga siti zubaidah
Nama itu nama keluargaku beri kot
Aku tak pasti namanya sebenar
Tapi yang pernah aku lihat
warna pink,ungu dan biru
cantik....

bunga kenanga ni wangi
dulu aku tak berapa suka pasal pokoknya besar dan tinggi
tak ada tempat nak tanam
rupanya sekarang boleh tanam dalam pasu je...


Bunga ni aku suka pasal meriah warnannya
dan menjalar
uuuuuu cantik....
tapi tengok rumah orang jee

Bunga ni aku tanam ...
subur.....
Dua kali sempat berbunga
pastu monopos...
tak bunga2 walaupun subur...
hehehe

1 comment:

kaktus bunga said...

kaktus memang suka tanam bunga..tapi bila mood rajin je..kalau mood malas datang..mmm