Saturday, October 31, 2009

penuh kenangan


Cross Steach merupakan antara aktiviti masa lapangku
suatu ketika dahulu.Malah menjadi kegilaanku.Yang
panjang ni aku buat masa di Kuala Krai lgi.Ada satu lagi
yang sama panjang tapi bunganya bunga mawar....
tapi dah lama pecah ,tak baiki-baiki hingga sekarang.

Yang ini aku buat sempena ulang tahun perkahwinan kami yang kelima.
Bina masjid,semoga cinta kami tetap kukuh dengan keimanan.



My room and our room merupakan antara hasil kecil tapi penuh makna.
Kini tiada lagi our room...dah jadi milik perseorangan....


Seperti yang pernah disebut ini rumah idaman.
Ada sungai dan bunga.Best....juga rumah di tepi sungai.Memang sejak dulu
sukakan suasana ini.




Ini juga rumah idaman,dikelilingi bunga-bunga.
Hasil tangan sempena ulangtahun ke-13.
Bunga di rumahku semakin hilang tapi
masih kekal dalam gambar dan anganku.
hehehe

Juga laman yang dihiasi bunga-bungaan
Ini aku buat sebagai hadiah Hari jadi Inn pada 7.6.1996 iaitu ketika
dia berusia tujuh tahun.Banyak lagi CS yang aku buat,masih ada
walaupun ada yang dah rosak.Selain CS aku juga buat long steach.Ini aku buat sebagai hadiah hari jadi
Izzat.Seronok tengok budak ni tidur,tenang.

Yang ini aku buat semasa menunggu Izzat di IJN.Pembedahan demi
pembedahan.Cadangan awal ingin dihadiahkan kepada Dr. Mazni yang
membantu Izzat tapi tidak jadi berbuat demikian.
Ini untuk Izzati sempena hari jadinya juga.

Selain bunga aku juga suka pada buah-buahan.ini aku buat pada 1996.
Kini aku tidak lagi aktif kerana mata sudah kurang mengizinkan...
Ini merupakan hasil terakhir yang dibuat sempena pertunangan Puteri
Bongsu.Minatku dapatku hasilkan untuk insan tersayang.Mungkin
juga hasil yang terakhir.....

5 comments:

kasihredha said...

haaaa baru perasan, bunga ros/mawar
yang panjang tu dah x nampak di mata..baiki le..sayang.

Ada bukti waktu muda yang rajin

Unknown said...

Kita ni bila dah tua (oppp... dah lama sikit) baru nak terkenang ...tapi kenangan ini membuat kita menghargai masa yang telah kita lalui selama ini... Semua CS kak ma sangat la cantik..

SHAZ said...

KakMa,
Apa pulak hasil tangan masa kenduri AdikNor yang terakhir, nanti bila dapat cucu mungkin nak buat hadiah untuk cucu plak...... Masa tu kan ke dah relex....dah ada banyak masa lapang...boleh buat kerjaya sampingan juga.... Pah nak jadi pelanggan pertama.....

SHAZ said...

CS yang kakMa buat tu semuanya cantik2...suka sangat. malangnya saya ni bukan le org seni....x brapa minat dgn CS tu.... benda yang kena tekun cermat dan teliti tu mmg bukan dalam senarai.... tu yg nak jadi pelanggan pertama kakMa.....

Unknown said...

haaa mungkin juga kalu panjang
umur,tapi mata dah susah nak
cucuk benang hehehe
sempat ke tengok cucu n cucu sedara