Wednesday, October 14, 2009
Hatimu hatiku jua
Hari ini aku terbaca sebuah cerita.
Hatiku turut sayu,sedih dan hiba.(sama ke tu??)
Tak sedar air mengalir di pipi.Sebak dadaku.
Mungkin aku betul-betul sudah tua,aku rasa
aku kembali semasa zaman remaja yang begitu
mudah tersentuh.Aku masih ingat Tok Ayah
pernah berkata aku ni "manja"(suka menangis,jiwa-jiwa)
Tetapi setelah bergelar isteri dan ibu,aku rasa aku
makin kuat.Aku cuba simpan apa yang aku rasa.
Aku cuba sembunyikan.Kadang-kadang aku menangis
sambil mandi.Aku menangis kuat-kuat bersama deruan
air agar tiada yang tahu rasa hati seorang anak,isteri dan ibu.
Aku cuba lindunginya.Tambah lagi dengan kesibukan aku
kadang-kadang tidak sempat untuk memikirkannya.
Tapi kini entah mengapa hatiku begitu cepat tersentuh.
Orang tua kata bila kita dah tua kita berbalik
ke zaman kanak-kanak dulu.Isshh takkan aku seteruk tu.
Aku kan masih muda(kihkihkih)
Aku tersentuh dengan tulisan itu kerana aku juga
merasakan bahawa banyak waktu hidupku aku
luangkan untuk keluarga.Apa saja keluarga didahulukan.
Kadang-kadang terlintas adakah berbaloi pengorbananku?
Aku tahu apa yang kita buat jangan mengharapkan balasan
tetapi......entah....
Apa pun aku sering berdoa agar pengorbananku berbuah segar,
manis dan berkhasiat.Mungkin bukan hari ini tapi esok.
Harapanku moga kita semua beroleh bahagia dalam menjalani
hidup yang entah bila akan berakhir. Amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
perasaan kita sama..tiba2 airmata menitis..cuma kita tak sama bab tua sahaja hiiiii sbab kaktus dah tukar nama.
isshhh2..mmg kalian sudah senja..tgok mcm saya..ttp tegar..walaupun sebak itu hinggap jua di jiwa..siapa tahu kan?
pgakuan iklas....(TUO)
Masih muda dari yang dah tua...
Tapi...
Dah Tua dari yang masih Muda..
so...tua dan Muda tu sama jer..
begitu bersetuju dgn encik Ir.Zuhairi tuh..huahuahuahua
Mawar Gi Ipoh ke?
Nasib baik masih muda...
"Orang muda" pun tentu lebih tua di banding dgn shahmi kan?
Post a Comment