Sunday, October 18, 2009

home sweet home


Bak kata adik berkhayal tak kena bayar
juga tak kena buat lesen
jadi dalam diam-diam seronok juga pasang angan-angan
mana tahu angan-angan jadi doa
doa pula dimakbulkan tuhan....
heee bestnya kalau betul
tapi tak ke dah terlewat
ceh..ceh.. macam betul-betul pulak
Yang ni kan bolehlah kita berkumpul di sini
adik-adik,anak2,anak2 saudara ke,
cucu ke,cucu sedara ke .....(cicit tak sempat kot...)
duduk-duduk sambil bakar2 atau minum2
Aku mungkin masa tu cuma memerhati
sambil tersenyum
pasal apa??
mungkin tika itu dah terlalu ranum dah nak gugur ke tanah
(ganti istilah senja)


Kita buat benda tu(bangsal moden tu-lupa nama)
kat bahagian belakang atau sisi
supaya kurang gangguan
hanya untuk keluarga aja
nanti kita minta bantuan kaktus dan suami
untuk dapat khidmat nasihat dan benih
?


Ini pilihan pertama.Kenapa?
Pasal tepi tasik atau kolam atau pantai
Kalau yang ni boleh makan2 mengadap tasik
best kan..(asyik fikir hal makan aja...patutlah....)
Pilihan kedua,kenapa?
Kecil,cute,simple...
Tapi yang ni nak tanam pokok gantung kat depan
Siram ke???? Siram kot pasal masa tu dah tak kerja
Ada tanah sikit bolehlah budak2 main2 dan kejar2


Ini pilihan terakhir...kenapa ?ok je..
kerana terlalu besar
tak larat nak kemas
ALASAN SEBENAR IALAH TAK MAMPU(Syyyy...)

Yang ini tak mungkin....
kenapa pulak?
kerana di Malaysia tak ada salji.....
hehehehecantikkan laluan masuk ke rumah...
jangan tersalah...
jangan tertipu
cerita ini tiada kaitan langsung
hanya angan2 semata2
hehehehe
wasalam

2 comments:

kasihredha said...

Marilah kita sama2 berangan..agar angan menjadi cita2..
cita2 memacu usaha...
usahakan tangga kejayaan.
tak sabar nak duduk di bangsal tu..

Unknown said...

buatlah...boleh tumpang duduk...