Wednesday, October 7, 2009
angin sakura 2004
Hari ni aku balik awal sikit, pukul 3 dah sampai rumah,
jadi aku ada masa sikit untuk kemas barang lama
yang terperat di satu sudut tak berusik.
Dah lama berniat nak kemas tapi tak jadi-jadi.Sibuk
memanjang mengalahkan PM.
Semasa aku menyelak fail-fail lama aku terjumpa satu
clear holder.Aku membaca isinya.Berbaur perasaanku
tika itu.Aku tak pasti.Aku terbaca salinan email yang
dihantar oleh along kepada Emi ,adik Nor dan anak2
yang lain ketika dia jauh dari kami.
Tika itu aku tidak tahu berinternet.Jadi mereka yang lebih
ke depan telah menjadi perantara lalu diprintnya untukku.
Kerana rindu,kerana sayang lalu aku simpan salinan itu.
Aku cuba mencari tarikh email ini dikirim tapi tak jumpa.
Hanya ada tercatat 2004 saja iaitu 5 tahun lalu.
Jadi aku terfikir untuk menyalin semula bingkisan itu
ke dalam blogku supaya terus kekal dalam memori.
Email 1:
akum...
kat sini sejuk average 7-12 darjah
malam lagi sejuk
along x masuk u lagi,tapi tinggal kat rumah senior
sabtu depan baru masuk u
kat sini baru makan nasi (onigiri)
semalam senior bawa round2 kat Akita...
makan sotong kurita goreng cicah sambal pedas...
sedap tapi mahal sikit.
Sorry aaa,gambar tad der..
malas nak beli camera sbb nak beli hand phone dulu
Email 2
akum...
along sekarang ni tinggal kat rumah senior yang kacak dan tampan...
rumah mereka besar gak kalau dibandingkan dgn asrama along
esok baru nak start pindah barang-barang dari rumah ke asrama
oh ye, along dah beli basikal baru.mountain bike lagi...
harganya lebih kurang 60000 yen @ RM 2000 saja.
along dah buat inkan(macam signature la) , jumpa sensei yang akan
tolong along kat sini dan ambik kunci asrama.
insuran kesihatan dan ic orang asing pun dah buat
senior yang tolong buatkan pasal along belum pandai
dialek kat sini
pasal singgam tu,along tak buat lagi coz tak pindah ke asrama lagi kan..
akaun bank pun tak siap lagi
along nak beli komputer kat sini.bosan kalu tak de komputer
tanya mama ngan abah,berapa nak sponsor?
Harga komputer kat sini lebih kurang 150000yen hingga 200000yen
hah,convertlah sendiri...
kat sini sejuk sangat.bergunalah jugak baju sejuk tu
kalu malam tak pakai toto tebal,jadi ikan dalam peti sejuklah jawabnya...
along akan kirim gambar kalau semua dah setel kat sini...
nak beli hp pun kena ada kad pelajar...
lambatlah sikit...
macam mana dg study?
along ada tip tau...
kalu nak senang faham,tulis balik nota tu berulang kali
mesti ingat maa
belajar sungguh2 dan jangan lupa masak singgam
kirim salam kat abah,mama dan adik2
kirim salam kat semua aaahh...
kalu ada masa along tulis email lagi
akum...
bersambung....nak masak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Tolong perbaiki ejaan berinternet ye..kat situ tertulis berintetek..sungguh lucah perkataan itu ye.hhhhaaaaahaaa
Tolong upload lagi gambar2 along kat jepun ye..bila tengok, mula berangan nak gi sana..bila berangan..mula berdoa agar dapat ke sana suatu hari nanti.Jom kita kumpul duit buat rombongan kesana...jom semua..abg long kena jadi turisgad yee
tak salah kita berangan sb x guna duit..hehe..
hahaha tk ,sungguh kurang sopan..
jom,dah lama berangan tapi tak kesampaian.kumpul habis,kumpul habis,tirih...(pernah guna pkataan tu?)hehehe
Rasanya ada email2 tersebut yg dikirim kpd saya..yerker?errrr..hehehe
Post a Comment