Thursday, October 1, 2009
tempat jatuh lagi dikenang
Pada hari raya ketiga aku bersama mi,adik dan Haris
ke rumah Cik Nab.Rumah ini asalnya rumah Tok Long
iaitu rumah nenek saudara mi yang terletak di hadapan
rumah tok ayah dan mak Jah sebelum berpindah
ke rumah baru di Gertak Seratus.
Di sini aku membesar dengan penuh kasih sayang
dan diselimuti memori indah walaupun mungkin
tidak seselesa sekarang.Keadaan di sini sudah
jauh berbeza.Tiada lagi telaga di luar rumah tempat
kami bermandi -manda walaupun airnya agak payau.
Tiada lagi pagar yang memisahkan rumah tok long
dengan rumah mak.Pintu pagar yang gah suatu ketika
dulu sudah tiada.Bentuk rumah asalnya juga sudah tidak
kelihatan .Dulu tangganya tinggi di perbuat daripada batu.
Gah ketika itu.Dari tangga itu jugalah aku pernah jatuh.
Dulu ada 2 atau 3 pokok ninja tapi kini tiada lagi.Dari
pokok ninja juga aku pernah jatuh dan terseliuh tangan.
Baruku sedar rupanya dulu aku juga lasak ataupun lembik.
Buah jambu yang bertaburan jatuh ke dalam koloh juga
telah tiada.Tiada lagi pukat yang dibentang di bawah pokok
untuk menahan jambu dari jatuh ke tanah.Dulu aku rasa
tanahnya luas untuk aku berlari-lari dan bermain tapi
kini terasa amat sempit.Adakah kerana rumah yang dibina
kini semakin besar atau aku yang semakin membesar.
Sayu hatiku apabila aku mencuri pandang ke rumah lama
mak.Nampak begitu tua mungkin setua pemiliknya.Terasa
aku ingin menjejakkan kaki ke sana tapi aku lihat ramai
saudara mara penyewa yang ada di tangga rumah.
Laluan di depan rumah mak juga terasa terlalu sempit.
Dulu di situlah kami menjemur kain.
Aku amat berharap untuk naik ke rumah itu suatu
hari nanti sebelum aku meninggalkan alam ini.
Sudah berpuluh tahun aku tidak menjejaki rumah yang
banyak menyimpan memori kasih sayang itu.
Setiap sudut rumah itu masih jelas di ruang mataku.
Aku amat merindui rumah itu dan pemilik rumah itu.Huhuhu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Jawapannya adalah lembik dan aku yang membesar...hehe
Pokok ninja tu lah juga tempat kami bertiga (Na & Za)secara berjemaah melabur.
hahaha dasyat...patutlah subur
wakakakakaka...busuk banga,,,macam terbayang lagi mok dok siram zu mandi kat telaga tepi pokok ninja...uwaaaaaaaaaaaa
Post a Comment