Thursday, October 1, 2009

tok ayah


Banyak kenangan indah bersama Tok Ayah.
Aku bersyukur mempunyai datuk sepertinya.
Aku dapat merasai kasih sayang,
dapat menikmati zaman kanak-kanak yang tidak ternilai
dan mungkin takkan ku peroleh lagi kenangan seperti itu.
Sebenarnya pada awalnya aku hanya memanggilnya ayah
kerana keakraban sebagai cucu sulung.
Tetapi selepas adik-adik lain membesar
aku mula terikut-ikut memanggilnya tok ayah.

Sewaktu kanak-kanak aku banyak menghabiskan masa
bersama tok ayah dan mak Jah.
Masih terngian-ngian di telinga batuknya
yang beralun bersama azan subuh.
Apabila terdengar saja suara itu aku bagai disambar petir
terus bingkas bangun.
Dia bagai alarms buatku.
Kenapa?
kerana seperti biasa aku akan mengekorinya
menyusuli pantai selepas solat subuh.
Dia akan menebar jala dan aku akan membimbit
hasil tangkapan yang telah diikat dengan tali.
Kadang-kadang sambil menjala datuk menusuk-nusuk
tanah dengan kayu dan terjumpa telor penyu.Best...

Masih terbayang pasir memutih,
alunan ombak yang merdu,
tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.
Sungguh indah tika itu yang kini tidak mungkin
dapat kukecapi lagi bersama tok ayah.
Malah aku juga pernah bersampan
dengan tok ayah ke rumah mak besar.
Sekarang aku tercari-cari alur itu.
Sudah tiada lagi,ditimbus dan dibina rumah.
Aku sudah banyak kehilangan bahan bukti
bersama tok ayah iaitu perahu , jala dan lain-lain
tetapi memori bersama tok ayah takkan padam.

3 comments:

kasihredha said...

Al fatihah

Unknown said...

Rindunya kat ayoh ngan mok...tok den nok jago ayoh dgn mok mace dio jago zu...uwaaaaaaaaaaaaaa

Anonymous said...

supolah kita