Hitam manis hitam manis
Yang hitam manis
Pandang tak jemu pandang tak jemu
Yang hitam manis pandang tak jemu
Hitam manis hitam manis
Yang hitam manis
Paras mu cantik buah hatiku
Siang dan malam selalu ku rindu
Di waktu bulan terang cuaca aaa...
Ku pejam mata tapi tak lena
Yang hitam manis datang menjelma
Yang hitam manis datang menjelma
Kenangan yang menggoda
Aku teringat tika bersama
Yang hitam manis
Pandang tak jemu pandang tak jemu
Yang hitam manis pandang tak jemu
Hitam manis hitam manis
Yang hitam manis
Paras mu cantik buah hatiku
Siang dan malam selalu ku rindu
Di waktu bulan terang cuaca aaa...
Ku pejam mata tapi tak lena
Yang hitam manis datang menjelma
Yang hitam manis datang menjelma
Kenangan yang menggoda
Aku teringat tika bersama
Itulah adikku Zuhairi Yusoff yang amat aku sayang.
Sejak kecil dia seorang yang tinggi khayalannya,panjang akalnya( kreatif)
Aku masih ingat suatu hari ketika masih kecil kami
sering ke Johor.Jaraknya dari Besut ke Johor agak jauh jika
dibandingkan dengan sekarang kerana belum ada lebuh raya
dan terpaksa menggunakan feri(bukan macam PP,macam rakit kayu je..)
Dalam perjalanan dia sering memberitahu untuk buang air besar(dulu tak de
hentian rehat)Jadi Tok Bat pun berhenti di tepi jalan.Tahu apa jadi...
Dia dengan gembiranya mengutip batu dan bermain-main.Tak "berak"pun.
Alasan untuk berhenti kerana bosan dalam kereta.
Juga dalam perjalanan...kami terpaksa melalui bukit bukau dan cerum.
Rasa ingin tahunya kuat.Ingin lihat apa yang ada nun di bawah cerum
lalu dia berkata alangkah baik jika dia mempunyai leher yang panjang
seperti zirafah pasti dapat melihat hingga ke bawah.Tapi rasanya sekarang
pasti dia sudah tidak mimpikan semua itu.
Masih juga ku ingat semasa kami ke Cemeron Highland,rasanya masa tu dia
belum bersekolah.Berhenti saja kereta di Lata Iskandar(kalau tak silap)
dia terus meluru ke arah air.Dummm basah kuyup dan hampir lemas.
Haaaa dia mengigil kesejukan.Baju tak de...nasib baik Long bawa
baju Ros.Lalu dia memakai gaun Ros..hahaha.Kalau kaktus senja macam
sekarang pasti dia ketawa berguling-guling.
Ada lagi...Suatu hari rumah kami dikunjungi oleh sekumpulan kawan-kawannya.
Ketika itu dia tak ada di rumah(lupa dia ke mana)Mereka datang dengan
jutaan harapan untuk melihat tupai peliharaannya.
Haaaaa lepas je kawan-kawannya berlalu kami tergelak besar.
Adikku oh adikku....
Sebenarnya rumah kami tak pernah ada tupai pun,bayang tupai pun
tak pernah ada.
Zaman kanak-kanak dia kuat main dan lasak.Menyebabkan Mi dan Bat
risau.Lalu pindahkan dia ke Sekolah Kampung Raja.Selepas itu dia
menunjukkan peningkatan kerana dia sebenarnya seorang yang pintar.
Aku masih ingat,kalau aku menghafal sejarah(dulu hafal bukan kemahiran
berfikir) dia sambil main-main,jalan-jalan tiba-tiba dia menerangkan apa
yang aku baca tadi hanya dengan mendengar sepintas lalu....
Oh adikku kita berbeza...
Rupanya semua itu sudah lama berlalu kerana dikau kini juga
sudah senja....(hehehe seorang lagi dapat gelaran)
Usiamu kini dah.........
Selamat Ulang Tahun....
Seoga dipanjangkan umur,
Dimurahkan rezeki,
Bahagia bersama isteri dan anak-anak
Kukuh hubungan kita adik-beradik
Diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat
amin...amin...
3 comments:
Selamat ulang tahun juga buat dia~
=)
Zara.
[Dunia Sebelah Zara]
Sudah kerasa kesenjaan diri ku...
terima kasih kerana megamit memori indah...tidak ku lupa walau sedikit semua yang kak ma kata kan..malah lebih lagi yang zu ingat...detik kita adik beradik di masa yang lampau....memori yang tak akan pernah padam....terima kasih kerana menjadi kakak yang amat penyayang...ku doakan segala yang terbaik untuk mu dan keluarga..semoga allah sentiasa mengrahmati hidupmu...Kak Ma....U r the best...life will not the same without you...ketabahan me menjadi inspirasiku...kelembutan me menjadi penenang jiwa ku...kau la kakak...the only sister that I had...I LOVE YOU...TQ
tkasih..
Post a Comment