Wednesday, October 5, 2011

Tok Chik





Sejak akhir-akhir ini Tok Chik kurang sihat

Masa terakhir mama jumpa dia


semasa mama beraya ke rumahnya.





Tetapi semasa ayah ngah adakan jamuan hari raya


abah beritahu tok chik kelihatan lebih uzur.


Tika itu mama tidak ikut serta kerana


sekolah mama ada hari keluarga.


Hari minggu baru ni tok mi ajak mama ke rumah tok chik


mama kata lain kali kerana mama nak siapkan kerja sekolah

tapi...pada petangnya mama dapat panggilan


beritahu tok cik di HUKM


mama diburu rasa bersalah

Esoknya mama ke hospital

Rupanya tok cik dah seminggu di sana


cuma tidak maklumkan kepada kami


Setelah disahkan barah


barulah dia menghubungi tok mi





Sebenarnya sudah lama tok cik


ada

kencing manis,darah tinggi,jantung ,paru-paru dan lain-lain


cuma hari ini tambah satu lagi


Mama doakan moga


tok cik tabah menghadapinya dan cepat sembuh.


Amin...


No comments: