Tuesday, August 21, 2012

Juadah 1 Syawal

Tahun  ni mama dan keluarga
tak balik kampung untuk berhari raya
kerana Alzalia dalam pantang.
belum sebulan.

Jadi...kami mengambil keputusan
beraya di KL
bersama-sama keluarga kecil
sobsobsob...


Jadi...
mama pun masaklah
ala-ala beraya di rumah Tok Mi
mama masak nasi dagang
2 lauk - ikan dan ayam


Lauk ayam lebih diminati oleh anak-anak
Mama dan abah je makan lauk ikan.
Acar juga dibuat
untuk hilangkan muak


Untuk meriahkan malam raya
seperti di kampung
kami tempah sate...
agar dapat bakar-bakar
seronok-seronok


Mulanya along cadangkan  mama buat je
tapi...tak naklah...
nanti mama sorang2 di dapur.
lalu along dan angah yang belanja.


Tapi mama ada sumbangan juga...
masak nasi himpit/kapit
kira oklah tu...


Along pula kirim pada abah beli daging
minta mama buat rendang
nak makan dengan lemang...
lemang dimasak oleh pak cik
di depan JJ (sedap)


Untuk pemanis mulut
mama masak agar-agar..

 dan Alzalia(dalam pantang)
buat kek lapis
walaupun tak cukup bahan
tapi...tetap jadi...


Biskut dan kerepek yang mama tunjuk
tak sentuh pun hari ni
tak pe...masa masih panjang.



No comments: