Thursday, September 17, 2009

tahniah

Pagi tadi Acara Penutupan Bulan Kemerdekaan.
Tahniah kerana adik telah berjaya mendapat naib johan bagi
acara mendiklamasikan sajak.Begitu juga dengan pertandingan
membuat banner ,kumpulan adik mendapat tempat kedua.Tapi
sayangnya pagi tadi tika keputusan diumumkan adik tidak ada
kerana ikut along ke JB.Jika tidak pasti adik naik ke pentas untuk
menerima hadiah.
Itulah, mamakan sering berkata hendak seribu daya , tak nak seribu dalih.
Ini terbukti jika adik berusaha pasti adik akan berjaya.Begitu juga dengan
pelajaran di sekolah . Dulu adik pernah 'down' dengan menyatakan adik
tidak minat dengan math dan yakin tidak berjaya.Tapi hasil usaha adik
dan dibantu oleh guru-guru akhirnya adik berjaya setelah tahu caranya
kerana tak kenal maka tak cinta.

Mama berbangga dengan adik.
Tapi mama lebih berbangga
jika minat dan bakat adik disulami dengan ilmu-ilmu yang
lain apatah lagi ilmu akhirat.Bakat yang adik ada perlu diasah.
Dalam masa yang sama adik perlu belajar bersungguh-sungguh
untuk menghadapi SPM tahun depan.Jika adik berjaya pasti
adik ketemu jalan yang mudah untuk ke menara gading dan seterusnya
mencapai impian dan cita-cita adik. Suatu ketika dulu mama juga
mempunyai minat yang sama seperti adik.
Mama sentiasa menyokong adik
asalkan adik tidak lupa pada tugas utama
seorang pelajar dan seorang muslimin.
Doa mama agar adik terus berjaya.Tahniah!

7 comments:

Anonymous said...

Kenapa gambar je..kenapa tak menulis



Kaktus hussein onn

Anonymous said...

Baru faham...tadi cuma ada gambar tapi tak de penerangan..
Tahniah adik...caya la...bangga dgn adik..

Chik

chalk is talking said...

adik..tahniah!!

shazmint said...

amirul mmg berbakat.
berjiwa seni.
ikot sapa laa..
heee.

Unknown said...

mint camna boleh teroka mama punya.malu...
apa pun thank.

PAGI said...

ADIK SAMA MCM A.CIK

Unknown said...

yes,yes betul...