Monday, November 9, 2015

keliru

10.9.2015

2 hari mengambil masa
dua hari berdiam diri
berfikir-fikir
keliru
abah tanya bila nak ke hospital
mama kata tunggu dulu
ingin positifkan diri
ingin carikan kekuatan


pagi ini dapat sedikit kekuatan
beritahu abah nak gi jumpa sesorang
kononnya nak gi dapat rawatan gigi
tapi sebenarnya ada hajat tersirat
inginkan kekuatan
sambil menyelam minum air
di sana dapat sedikit kekuatan
walaupun dada dah mula sebak


ke satu lagi tempat
dating...sambil mencari bahu
ketika dalam perjalanan masih lagi keliru
nak ke klinik atau tak mahu
berborak dan ceritakan dulu
rasa ringan bahu
mungkin ditukarkan ke bahu itu
rasa lega


dari pendapat dua insan tersayang
akhirnya buat keputusan
call...bersambut
temujanji dibuat dan terus pergi


dan teka teki terjawab
jawapan yang sebenarnya tidak mahu didengar
tapi akur pada realiti
cuba terima setenang mungkin
surat rujukan dikeluarkan
cadangan....secepat mungkin
akur...
reda dengan ketentuan Tuhan





No comments: