Thursday, December 31, 2015

3 jenis rawatan



Rabu : 30.12.15


Petang ni mama mula ke Klinik Onkologi
salam perkenalan
seperti biasa datang awal...dapat no 1
gi solat dulu
lepas solat datang semula...
bila mama masuk mama disapa
siap sebut nama...ehhh sapa ni (dalam hati je)
rupanya wakil dari persatuan kebajikan kanser payudara malaysia
sembang2 tapi meredakan juga

selepas dia pergi berkenalan pula dengan seorang adik
yang dah habis rawatan...
datang hanya untuk follow up je 
dia beritahu mama tentang group cancer survivors
mama terus tag
(dan lewat petang tu mama diterima)

bila masuk jumpa doktor mama masih mengharap
mama tidak perlu kemoterapi
tetapi (dah jangka pun)
doktor kata mama perlu kemoterapi
kerana mama dah tahap 2
dan biji mama 3.5 cm
kalau 2 cm pun dah dicadangkan kemoterapi
mama perlu jalani 6 cycle
iaitu setiap cycle jarak 3 minggu
maknanya sekali kemo...rehat 3 minggu
dan kemo lagi...
adusss...tapi reda jelah
kemo mama  perlukan 3 ubat...FEC
F....fluorouracil
E...Epirubicin
C...cyclophosphamide

doktor kata kemoterapi perlu
supaya sel kanser tidak merebak ke tempat lain
dan mama akan mula kemo pertama 
pada 6.1.16
dan jika semua ok...akhir april baru habis

habis untuk kemo je
rawatan belum habis
doktor kata selepas kemo terakhir
lebih kurang sebulan lepas tu
mama kena radioterapi pulak
untuk mengelakkan kawasan yang dibedah hari tu ada balik
rasanya 15 kali ...tambah 8 kali lagi
(tak pasti...pasal masa ni emosi dah terganggu )
(nanti jumpa doktor mama tanya lagi...lambat lagi pun...hihihi)
setiap hari...5 kali seminggu
maknanya hampir 5 minggu jugak rawatannya

dalam tempoh tu doktor tak mengalakkan mama jalan jauh
mama yang tanya...
pasal mamakan merancang nak gi umrah
jadi rasanya kena tangguh dulu hingga selesai rawatan

dan...
bila dua rawatan selesai
mama perlu ambil ubat
dan ketika ni bolehlah kalau nak gi jauh2

doktor juga terangkan kesan2 sampingannya
itulah yang membimbangkan sebenarnya
tetapi...mama nekad...mama akan hadapi
be positif (walaupun sebenarnya di hati tuhan jelah yang tahu)

sebelum balik mama gi ambil darah dulu
untuk persediaan 'hadapi' kemo nanti
alahaiiii...sakitlah pulak hari ni
boleh ke tengah ambil tiba2 misi kata 'tersekat...blok'
biasa ambil darah tak sakit macam hari ni
sobsobsob

Otw balik abah singgah makan
nasi ayam kampung
pasal masa datang tadi kami belum makan tengah hari
dan mungkin abah nak redakan perasaan mama
walaupun mama tak mengeluh pun
mungkin abah perasan suara mama bertukar
masa berbincang dengan doktor tadi
(padahal dah kontrol ayu...suara berubah jugak)
sebenarnya lauk dah tak de banyak pilihan
yelah dah lewat...orang dah kemas2
tapi tetap berselera...lapar katakan
stress pun ye....
walaupun terima hakikat itu




No comments: