Friday, December 18, 2015

ukwah

Khamis : 17.12.15

kami 5 sahabat ni dah lama kenal ...lama dah
zaman mama muda2 lagi (taklah muda sangat)
atas urusan tugas kerana dalam panitia yang sama
dalam satu daerah walaupun berlainan sekolah
5 sekolah berbeza
tapi dulu-dulu selalu berjumpa
tapi akhir-akhir ni jarang-jarang jumpa
kerana dah berlainan bidang
tambah lagi bila mama dah jadi 'yb'
hihihi 

tapi bila mereka dapat berita tentang mama
(lupa nak tanya dapat sumber dari mana)
mereka datang...tiba2 datang
tak beritahu pun
nasib baik mereka bawa bekal (hahaha)
seronoknya dapat jumpa
lupa seketika ujian yang diberi
dan inilah antara hikmah dari ujian itu
ada je yang datang
yang jauh yang dekat
yang lama yang baru
yang rapat yang tidak
terima kasih semua
moga ikatan ini dalam rahmatNya

No comments: