Thursday, December 10, 2015

Kejutan..



Khamis : 26.11.15


Tak sabar nak jumpa doktor
Tak sabar nak dengar perkhabaran dari doktor...
Tentulah nak dengar yang enak2
Yang indah2...
Dan seperti biasa
Awal2 lagi dah sampai
Temu janji kol 2 petang
Pukul 12 lebih dah sampai
Letak kad temujanji...
gi solat zohor di surau.
Lebih kurang pukul 3 dapat jumpa doktor
(Alahaiii lupa ambil namanya)


Hussss...diluar dugaan
Kejutan
Tak sama dg harapan
Kata doktor kena buat kimo..kena buat radiotrapy...
Bila prof norlia datang...
Kejutan lagi...
Prof kata hasil dari makmal...
1 dari 2 kekenjar yg dihantar...1 ada sel kanser..husss
Berderau...
Cadangan prof....buat opersion sekali lagi
Mama tanya macam mana kalau tak buat
Prof dah lali dengan orang macam mama kot...
Dia minta abah masuk
Beri penerangan...
Bimbang kelenjar lain pun ada terlibat

Sebaknya tika itu...
Tahan dan tahan
Akhirnya mama akur demi kebaikan diri
Kejutan lagi...
Bila prof kata...kita buat esok
Esok?
Ya...
Aduhhhh datang sehelai sepinggang
Prof kata boleh balik sekejap selepas dapat katil
Aduhaiiii...


Masa gi daftar air mata tumpah juga
Ketabahan tergugat juga
Sebak sayu bertandang juga
Ini kerana sangkaan mama meleset
Harapan mama terlalu tinggi
Harapan bahawa mama pulih 100 %
Husss ...tak sangka langsung
Setelah difikir2 tak jadi balik...
Letih je...tentu jam masa tu
Abah jelah balik..
Bawa keperluan...
Oklah...

Mula saat itu mama cuba kuat semula
Reda setiap pemberianNya





No comments: