Tuesday, December 15, 2015

secalit sinar

  


hari ni temu janji pertama
selepas pembedahan kedua pada 27.11.15
mama menduga...hari ni untuk lihat luka
kerana biasanya temujanji mama pada hari khamis

 

seperti biasa pukul 12 th dah bertolak dari rumah
pukul 12 lebih dah sampai hukm
letak kad dan pergi surau
tunggu untuk solat zohor dulu
itu pun dah jadi orang ketiga


  

selepas isi sedikit soal selidik
mama dipanggil jumpa doktor
jumpa dr.suraya
alhamdulillah...syukur Ya Allah
dari 12 biji yang diambil baru ni
semuanya tiada sel kanser
alhamdulillah...alhamdulillah
bermakna kesemua 14 biji yang diambil
hanya satu yang ada sel kanser 


mama tanya...
doktor kata...stage 2
jenis sederhana
tidak terlalu aktif tapi bukan pasif
terpulang pada cara kita


tapi menurut doktor
mama perlu telan ubat
kerana ada tapak
dan perlu dikawal supaya tidak merebak
dr buat perumpamaan seolah-olah tempat tu berbaja...subur
jadi perlu diracun supaya tak tumbuh.. 


doktor rujuk mama kepada bahagian onkologi
untuk tentukan rawatan seterusnya
ubat...radioterapi....pasti
kimoterapi tak pasti...akan ditentukan nanti


Jadi masih ada peluang
Ya Allah aku memohon padaMu
moga penyakitku ini tidak perlu kimoterapi
permudahkanlah Ya Allah
Ya Allah Engkau Maha Berkuasa
Engkau Maha mengetahui
aku serahkan semuanya padaMu
aku reda...

















No comments: