Tuesday, December 15, 2015

berpantang



sejak 31.10.15 mama berpantang
hinggalah hari ni 15.12.15
yelah sejak pembedahan pertama
pembedahan pada 30.10.15
pembedahan kerana kanser payu dara
pas tu pembedahan kedua pulak...
buang kelenjar pulak pada 27.11.15
jadi berpanjanganlah berpantang


makanan mama hanya nasi
dengan ikan bakar
ikan haruan...katanya dapat cepat menyembuhkan luka
ikan selar katanya antara ikan yang tak gatal
ikan kembung...ada yang kata boleh
ada yang kata tak boleh
mama makan je


kadang-kadang ada sayur
kadang-kadang tak de
kadang-kadang berkuah
kadang-kadang kering kontang
sesekali ada bawang putih goreng


sarapan abah beli laksam
makan laksam kosong
setiap pagi...
mama suka...tapi bila setiap pagi
aduhhhh...abah ubahlah sikit


bila cadangkan abah beli nasi lemak kosong tanpa sambal
abah kata bersantan...lemak
aduhaiii abah...kuah laksam lagilah berlemak
yelah...abah baru perasan


kalau kat hospital dihidangkan apa saja
ayam...telur...bilis...pelbagai jenis ikan
kari...asam pedas...kurma
macam2 ada...
tapi....tawar...
yelah dah ramai yang darah tinggi
huhuhu...tapi tak de seleralah
kesihankan...







No comments: