Tuesday, September 28, 2010

tempat berteduh

Ketika mama kanak-kanak mama banyak habiskan masa
mama di rumah ini bersama Mak Aji dan Tok ayah
kerana Tok Mi dan Tok Bat mengajar.
Banyak kenangan manis yang tersimpan di sini.

Kg.Bunga,Kuala Besut

Setelah mama bersekolah mama tinggal
bersama Tok Mi dan Tok Bat
di Alor Lintah sekejap
kerana selepas itu mereka berpindah
ke Lorong Sentosa,Kampung Raja.
Ketika mama di Tingkatan 4 dan 5
mama tinggal semula dengan Mak Aji dan Tok Ayah
kerana ketika ini mereka hanya tinggal berdua.
Tetapi ketika ini mereka telah tinggal di rumah baru
di Kg.Gertak 100,Kuala Besut.
Semasa di Tingkatan 6 mama berulang alik
antara Kuala Besut dengan Kg.Raja.
Tok Mi dan Tok Bat telah pindah ke rumah baru
di Jalan Hospital,Kg. Raja semasa mama di Tingkatan 6.
Pada 1985 mama tinggal
di Guchil,Kuala Krai.
Ketika ini mama bertugas di SMSYP
mengikut abah yang bertugas di sana.
Setelah 6 tahun tinggal di sana kita pindah ke KL
kerana abah dipindahkan ke sini.
Semasa mula-mula sampai di KL
kita menyewa di Desa Keramat.Kita akhirnya berpindah ke AU1B
apabila tuan rumah ingin tinggal di situ.
Rumah kali ini rumah baru,kita penyewa pertama.
Itu sebabnya mama menyayangi rumah itu seperti rumah
mama sendiri.

Pada tahun 1993,ketika sarat mengandungkan
adik Amirul kita berpindah pula
ke AU1A/3D.
Alhamdulillah kini mama tinggal di rumah sendiri.

2 comments:

kasihredha said...

home sweet home

Unknown said...

cuma takut mengingatkan penginapan terakhir...