Monday, September 13, 2010

putih kenangan lalu...


Sebenarnya sudah lama berhajat
untuk membeli set bilik tidur yang baru
kerana
sudah 27 tahun mama mengunakan yang lama.


setiap kali pergi ke kedai
ada saja halangannya
hinggalah menjelang majlis itu...

Seperti biasa hati mama
terpikat kepada yang putih
yang lain cantikkkk...
tapi yang putih juga jadi pilihan..

mungkin kerana mama suka ala-ala Inggeris
atau
kerana putih mengimbau kenangan lalu


Mulanya abah kurang setuju
kerana
putih cepat kotor...
mama rasa hitam pun sama...



Alhamdulillah nasib menyebelahi mama
kerana apabila mama tunjukkan
yang ini...
abah terus berkenan...

Syukur...impian mama tercapai
mendapat persetujuan bersama
sempena perkahwinan putera mama...

moga putih ini melambangkan
sucinya cinta
bersihnya jiwa
moga anakanda bahagia dunia akhirat...
amin...

No comments: