Friday, September 17, 2010

Apa ye?


Suatu pagi mama keluar bersarapan dengan along.
ketika makan along bertanya
apa yang mama akan buat semasa mama bersara
4 tahun lagi.
along bimbang mama boring
kerana mama sudah biasa bekerja.

Sebenarnya mama rasa kian hari
kian berkurang tenaga mama.
Jadi ketika bersara nantilah mama boleh
lebih tumpukan kepada kesihatan mama.

Mama juga sudah terlalu letih
mama mahu berehat
setelah lebih kurang 28 tahun mama berkerja
mencari rezeki
demi anak-anak dan keluarga
mama rasa sudah tiba masanya mama berehat.

Selama ini mama lebih tumpukan kerjaya
demi masa depan anak-anak
hinggakan waktu mama
agak sedikit digunakan untuk akhirat
jadi mama harap semasa bersara nanti
mama dapat memberi masa yang lebih
untuk mendekati masjid.
malah hasrat mama membuak-buak
untuk menunaikan fardu haji.
mama doakan ketika itu
mama sudah mampu
dari semua aspek.

Mama juga berhajat untuk kembali
seperti dahulu
mengemas rumah
menikmati hasil tangan sendiri
Dan pastinya antara keinginan mama
ialah jalan-jalan
luar dan dalam negara
tenangkan fikiran
luaskan pandangan.

Malah mama akan isi masa mama
dengan menulis
kembali seperti hobi mama dahulu...
kalau kini boleh fb,boleh berblog...
hihihi

Mama yakin mama dapat memenuhi masa
dengan baik nanti....

1 comment:

kaktus said...

sokong2...bab bjalan tu, kalau tak de sapa nak teman, kaktus boleh temankan