Wednesday, September 15, 2010

Kg.Raja-Kg.Baharu


Daripada 6 adik beradik,
4 sahaja yang dapat beraya di kampung
pada hari raya pertama
yang lain beraya di rumah mertua dahulu.

Keluarga mama biasanya setiap tahun
berhari raya di Kg.Raja pada hari raya pertama
kecuali tahun pertama perkahwinan mama.

Ini kerana Kampung Raja dengan
Kampung Baharu jaraknya dekat.
petang di situ,malam di sini...

Tambah lagi dulu adik-adik masih belajar
ada yang belajar di luar negara
ada yang giliran beraya di rumah mertua
jadi kerana kesihankan Mi dan Bat
mama dan abah bersetuju beraya dulu
di Kampung Raja.

Dalam keadaan ini mama bersyukur
kerana abah memahami...
abah boleh bertolak ansur...
abah tak kesah...

Abah akan mencari jalan
untuk berkumpul dengan adik-adiknya
kerana biasanya kami tiba di rumah mak dan wan
ketika adik-adiknya telah pergi ke destinasi masing-masing.

Tahun ini berbeza sedikit kerana
Inn tak boleh cuti lama.
Kami hanya balik sehari sebelum raya dan
Hari Raya kedua dia sudah bekerja
Oleh itu abah kumpulkan semua
ahli keluarga berbuka puasa di rumah mak,
bimbang hari raya tidak sempat berjumpa.


Tahun ini rumah mak dan wan agak sunyi
kerana Din dan Kie tidak balik
Yang lain-lain ada rumah sendiri
Mama tunggu kiranya abah cadangkan sesuatu
tapi....alhamdulillah
...terima kasih abah

Mama bersyukur dapat lagi
menyambut hari raya
mama tidak kesah di mana
Cuma kadang-kadang terfikir
sama ada tahun depan masih berkesempatan
menyambut hari raya atau tidak.

2 comments:

chalk is talking said...

InsyaAllah..jika diberi umur yg panjang, harap2 kita masih sempat menuanaikan ibdah di bulan ramadhan & syawal tahun depan..amin ya rabbal alamin...

p/s: sentiasa kagum dgn pengorbananmu..pasti,terbalas suatu hari nanti..amin..

Unknown said...

amin...