Monday, September 16, 2013

memohon


13.9.2013 : Jumaat
Seperti biasa hari jumaat
2  minggu sekali
kami adakan bacaan yasin...
kali ni ada beberapa hajat...

Pagi ni mama beritahu ustaz
doakan
agar roh ayahanda dinda Haniza
yang baru kembali ke rahmatullah kelmarin
ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh

Juga mohon dilapangkan dada
diberi kesedaran(bagi yang masih alpa)
dipermudahkan
untuk anak-anak yang tak lama lagi
akan menduduki PMR

dan diberi hidayah
kepada anak-anak yang tersasar
yang tidak dapat membezakan baik buruk
yang masih leka
yang suka main lompat pagar,lompat kijang dll
yang ambil bahagian lumba lari,rentas taman...
yang buat tawaf
dan sebangsa dengannya.

Allah Maha Kaya
Allah Maha Besar
mungkin berkat yasin dan doa
pada penghulu hari...
mama rasa terjawab beberapa persoalan
moga diberi hidayah...
amin...

 Balik sekolah...
Sedang mama minum-minum di kantin 
datang 2 orang teman
ajak keluar...juga untuk minum-minum

 mama berbelah bagi...
perut dah penuh...
tapi tukar tujuan...
temankan mereka je...
sambil2 lapangkan otak kejap...
kerana
minggu ni rasanya agak padat....

*Gambar?
kurang berkaitan?
tak pelah....
tapi masih pada tema yang sama kan?
oklah tu...(hihihih)

No comments: