Sejak mama di sini,macam-macam yang didengar.
Bayangkan sejak 26 Jun hingga 10 Julai....
kami berkampung di sini.
Tapi ini bukan kali pertama,
Setiap tahun kami berkurung.
Malah dah 9 tahun
bukan sekali,tapi ...2 kali setahun
Iaitu pada bulan Julai dan November.
Biasanya mama akan menginap seorang sebilik
kurusnya mama-hihihi
Kami berkurung di merata tempat....
juga sering dengar cerita yang hampir sama
tapi...tidak seperti kali ini...seram
Beberapa hari berada di sini
big bos memulakan cerita
tak boleh tidur...terdengar macam orang mengemas bilik
terdengar pintu diketuk
masa ni mama ok je...
alah....mungkin pekerja hotel yang mengemas.
(selepas itu ada lagi mengalami nasib yang sama)
Beberapa hari lepas tu En. Kam pula memberitahu
Semasa tidur-tidur ayam dia terasa badannya ditolak
kami usik-usik...mungkin tempat 'dia' tidur
ooo...bilik En.Kam tingkat 19
emmm sama dengan mama
dan sebenarnya selang beberapa bilik dari mama
(ada juga guru perempuan mengalami nasib yang sama)
2 hari lepas tu pula Tuan Haji J
memberitahu....dia tak pasti dia terlena atau tidak
dia nampak perempuan berada di hujung kakinya
merenungnya dengan wajah pucat dan mata merah
badannya semakin membesar dan membesar
dia menjerit dan wajah itu hilang
oh!oh!oh...bilik Tuan Haji juga di tingkat 19
setentang bilik En.Kam...
oh no!!!
dan mama juga dengar macam-macam
dari anak buah...
ada yang biasa-biasa
ada yang sedikit luar biasa
dan ada yang...serammmmm
huhuhu....
mama sebenarnya bukanlah berani sangat
dan juga bukanlah penakut sangat : sedang-sedang je...
jadi, mama yang sedang-sedang ini mula tergugat psikologinya
huuuu....nasib baik ada teman yang 'sedang-sedang' juga
mohon untuk jadi roomate(hanya semasa tidur)
dalam diam....mama lega.
suatu hari suaminya datang...
jadi...mama tak de roomate malam tu...
lalu...mama pun merentas kesesakan - balik ke rumah
tak tertidur keseorangan....walaupun hati berkata-kata
4 comments:
ohhh sedang2 aje rupanya...hihi
tapi kali ni dah tak sedang2 doh...takutttt
Oh no...no...no..
yessss....eiiiii
Post a Comment