Friday, July 20, 2012

ziarah...

Hari minggu
selepas bersarapan di rumah Ayah Teh
Tok Mi ajak ke rumah Tok Cik
Mama ok je...
kerana memang berhajat nak ziarah Tok Cik
bila baca statusnya di fb
Tok Cik tulis...
 Dukacita hampir 4 bulan rawatan di SDMC 
untuk indolent nodes tidak berjaya. 
Bahkan nodes baru pula keluar dileher. 
Nodes yang banyak pada mula -mula kena dulu 
tidak menimbulkan masalah lagi.
 Hari ini admitted di HUKM Specialist Center 
untuk ambil sample node di leher,
 ambil sample sum-sum buat kajian seterusnya. 
Semalam dua di sana, kemudian turun ke Haemato Ward
 untuk beberapa kajian lagi sebelum rawatan dimulakan.
 Dengan kehandak Allah, 
panas dileher tidak ada lagi 
setelah mendapat bantuan Pak Cik Ipoh. 
Alhamdulillah, I retain my cheerfulself and amat reda 
dengan pemberiaan/ujianNya. 

 mama baca...
tapi tak mampu untuk komen apa-apa
terlalu berat

sejak itu mama mencari ruang
untuk ziarah Tok Cik
tapi tak sempat-sempat
hinggalah hari ni...



Odw nak ke rumah Tok cik
Tok Mi menyuarakan kerinduannya pada rumah di Besut
dan dia beritahu dia mimpi
ada ramai orang di rumah
masak-masak
tok mi membayangkan ada pekara
yang kurang baik akan berlaku
Ketika kami sampai Tok Yam,Tok Cik dan 
mama long na serta keluarga dah ada...
Setelah berborak-borak
Tok Cik Ipoh membuat rawatan tradisional

Semoga dapat membantu Tok Cik
kerana kita perlu terus berikhtiar
jangan mengaku kalah
kerana Allah maha berkuasa

Selepas rawatan itu
Tok Cik kelihatan sedikit letih
dia baring
dan mama nampak gerak bibirnya
dia beritahu Tok Mi

 
Dia mimpi jumpa arwah Mak Aji
mama nampak dia menahan sebak
mama pun...
Tapi mama tetap mendoakan
moga Tok Cik kembali sihat
dan di bawah lindunganNya


Ketika mama dah merancang nak balik
Chik sampai...
kami sambung borak
dan Tok Mi ikut Chik
balik ke Cheras.

No comments: