Lama dulu, ketika mama sedang memandu
mama terdengar
sebuah sajak disampaikan
jika tidak silap sempena hari ibu
begitu berkesan sekali...
Selepas itu mama mencari-cari
tanya situ,tanya sini
tapi tak jumpa....
hinggalah baru-baru ini mama selongkar internet
huuuuu....seronok tak terkira
mama jumpa sajak itu
hasil karya
ROHMAN SHAARY
Mulanya mama nak sampaikan sempena perkahwinan angah
tapi tak jadi....
tak pe...mama masih ada 4 orang anak lagi
jom kita renungi sama-sama
Pesanan Ibu Beribu-ribu
1…
Kita ada ibu
ibu kita satu
pesanannya beribu-ribu
Setiap langkah kita
diiringi pesanan ibu
buat begini, jangan begitu
Rajinlah membaca buku
kukuhkan diri dengan ilmu
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan yang pementing diri,
pilihlah kawan yang punya
petunjuk,
tolaklah kawan yang asyik
merokok.
Ibu yang satu menyekat kita di depan pintu
bertanya ke mana arah tuju,
di jalan mungkin bencana
menunggu.
Kita menerima pesanan
sesekali kita jujur
penuh fahaman
lebih kerap hanya pengakuan
pesanan tertinggal di luar ingatan
kita menjadi jemu
mendengar pesanan beribu-ribu.
Tapi ibu adalah ibu
pesanan bertambah satu dan satu
buat begini, jangan begitu:
jangan dibiar kepala berkutu
carilah ubat jerawat batu.
2…
Satu senja
seorang temanku merintik
kerana kehilangan kekasih.
“Kejam jantan itu,
penipu…
ditinggalkan aku
setelah aku kehilangan madu.”
Dia menyatakan kesalnya
kerana dia alpa.
Ibunya berpesan sejak dulu:
“Pilihlah kawan yang bermutu
jangan pilih kawan berhantu!”
Mengenangkan nasib kawanku itu
aku merindui pesanan ibu
ya,pesanan ibu…
Ibu, ku percayai kau mengenali
yang mana permata
yang mana kaca
yang mana budaya
yang mana buaya.
Berikan pesanan kepadaku
beribu-ribu
malah berpuluh ribu
aku tidak akan jemu
ini janjiku,
ibu.
Sempurna seorang ibu
dengan pesanan beribu-ribu.
<!--[if gte mso 9]>
2 comments:
wahhhh~~mcm mana buleh jmpa sajak ni?
saya pun dh lama mencari tp xjumpa..hebat kakak saya skrg...jumpa dlm internet lg...
p/s:sudah lebih dpt merasa dan memahami naluri seorg ibu kini..uhuks!
hihihi...hasil didikan adik2
Post a Comment