Thursday, December 29, 2011

katanya




Cantikkan warna-warna hati ni kan
tapi mama hairan ada juga hati yang hodoh
ya ...mama hairan bin ajaib
kenapa hatinya
kenapa dia
sentiasa mempertikaikan
apa yang mama buat

akhirnya ....
sampai juga ke telinga mama
cuma malas nak panjangkan

tapi...
kadang-kadang
luka juga hati ini
tersentuh juga
'terdown' juga

tapi...
abaikan jelah
tak nak jadi bodoh macam dia
tapi...kadang2 terbodoh juga

saja-saja nak imbas balik
'anugerah' yang diberi pada mama

samasa pengetua cadangkan mama isi guru cemerlang
katanya:masa - mama akan sibuk memanjang
rasanya sebelum ini mama tak pernah pun abaikan tugas hakiki mama


semasa bertugas koko (bukan kopi)
katanya : tugas memberi imput(inhouse) pada teman-teman
bukan tugas mama......mamakan KOKU
(bukan mama gila...tapi adik2 minta)
mama ingatkan kita satu pasukan
tolong menolong

sebelum HEM
dia kata:mama tak layak kerana lembut
(mama tak minta pun tugas ni-harap maklum)
tapi Pn.Apipah,Pn.Pauziah dan lain-lain pun
tak melenting tak tentu pasal
lemah lembut dan berhemah
cemerlang juga
pada mama tak perlu ditakuti tapi disegani

masa HEM dan sebelum apa2
-dia kata mama tak layak jadi PK kerana terlibat dengan LPM
(eiiii ada ke mama kata mama layak)
hihihi dia tak tahu
bahawa di luar sana semuanya yang ada jawatan
Pengetua,PK,PK HEM,PK KOKU,PK Petang,GKMP,Ketua Panitia
tak terkecuali Guru Cemerlang
ramaiiiiiii yang bertugas....


kesihan dia....
sentiasa di bawah tempurung
tidak tahu perkembangan semasa
tidak terlibat dengan aktiviti luar
tiada sumbangan

jadi...
yang orang buat semua salah
kerana...
kursus tak nak pergi
aktiviti luar tak mahu
hanya tertumpu dalam
ruang lingkup yang sama

mama tak kesahpun
tapi...
jangan khianati
janganlah pertikaikan
hak orang lain.

mama berharap sangat
moga mama kuat
moga mama dapat hadapi
seperti dulu-dulu

Ya mama!!!!
kalau dulu mama boleh bersabar
kenapa tidak kini
mungkin ini ujian untuk mama
terima kasih untuk dia
yang mengajar mama
erti kesabaran

4 comments:

kaktus said...

dengki kesumat...lah tu
kesiannn dia

Unknown said...

itulahhhh...kesian
awal bangunnnn....hihihi

Anonymous said...

dalam hati ada penyakit tuh mama... jgn layan sgt org cam tu.. tahun baru azam baru hatipun kena baru ye..

Unknown said...

insyaallah...akan ke arah itu...