Thursday, November 8, 2012

D'Palma PJ


Hari Sabtu minggu ni (3.11.2012) juga sibuk
aduh...mulanya mama minta abah pergi tanpa mama
ke majlis perkahwinan itu
tapi..abah tetap ajak(desak ke?)
akhirnya mama akur
 kami ambil keputusan bertolak dari rumah
pukul 10 lebih kerana bimbang berlaku kesesakan .


Kami tiba hampir pukul 12...menepati masa
dan kami antara orang yang awal tiba
kerana mama mesti sampai di sekolah
sebelum pukul 1.30.
Mengikut perancangan bas akan bertolak
dari sekolah ke Hotel Seri Pasific pukul 1.30.


Cuak juga mama bila lihat kereta menuju KL begitu banyak.
Jam ke nanti?Sempat ke?
Alahai ke manalah dia orang nak pergi ramai-ramai ni?
(soalan biasa dari abah yang tak perlu dijawab....kihkihkih)


Nasib baik tak sesat
jadi selepas makan kami bergegas balik
dupdapdupdap...
hussss



syukur kami dapat tiba tepat pada masanya
tapi dari sekolah ke majlis itu
sobsobsob...
jamlah pulakkk....


No comments: