Tuesday, November 6, 2012

bersama-sama bukan bersama

3.11.2012


Langkah di susun satu persatu
Menuju ke meja setiap penjuru
Teman dan rakan ingin ketemu
Untuk merakam agar tak rindu


Bersama pentadbir pembuka bicara
Idea digabung menyusun cara
Berusaha gigih tiada tara
Azam ditiup kian membara


Bersama PK rakan sekerja
makin mesra duduk semeja
Berbual bercerita apa saja
kerana hari ni kamilah raja


Bersama GKMP  mengambil tempat
wakil dua daripada empat
mengata bukan jauh mengumpat
mengadu berbincang merekalah tempat


Bersama mereka 3 saudara
ada yang miliki merdunya suara
ada pula petah bicara
malah ada ke gunung ke belantara


Kini bersama ibu jelita
tugas diberi tak kecewakan kita
manis di hati manis di mata
sentiasa positif mengikut kata


Bersama teman di sesi petang 
Ada yang baru lepas berpantang
moga halangan dapat ditentang
Agar  usaha terus melintang


Bersama dara dan juga ibu
berkerjasama bersatu padu
agar tercapai hajat di kalbu
moga hasil semanis madu


Bersama pula 2 ketua panitia
Menjadi rakan yang begitu setia
saling berpakat kata seia
itu sebab sentiasa bahagia


Bersama mereka ada SU saya
sentiasa berseri penuh cahaya
mereka  berusaha sepenuh daya
untuk memburu kilauan jaya


Bersama pula 2 sahabat
hubungan mereka begitu rapat
terus buat bila dapat
kerja diberi tak pernah lambat


tenaga dan masa begitu berharga
berkerja bagai satu kelurga
sanggup berkorban jiwa dan raga
moga berbaloi usaha dan tenaga




No comments: