
14.1.2011-2.30 petang.
Kami sepuluh orang ke Bistro Saloma
Kami sepuluh orang ke Bistro Saloma

pada 18.1.2011
dan

pertukaran Puan Normah(Pengetua)
pada 22.1.2011.

tetapi membuat penangguhan hingga Jumaat ini.
Semasa makan-makan pengetua memberi
beberapa nasihat berkaitan peristiwa yang
berlaku di sekolah baru beliau.
Beliau terpaksa ke sana untuk meredakan keadaan.
Semuanya kerana mulut....

yang tersurat
dan ada yang tersirat
mungkinkah 'dia' memahaminya
Mama teringat kata orang tua
kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa

Mama ketemu tip ini yang
-mengingatkan semula apa yang perlu dibuat
-mungkin juga dapat membantu mama
dalam usaha meneruskan kerjaya mama
yang kini agak panas...
Berhemah Dalam Menegur
Dihantar Oleh : hembusan kasturi
Editor : naadherah
Panduan
Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah,
1.tidak merendahkan ego orang yang ditegur
2.mencari waktu yang tepat
3. memahami kedudukan orang yang ditegur.
Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas
dalam kita memberi teguran
dan bagaimana sikap kita apabila ditegur.
Kita tidak harus melatah
apatah lagi terlalu emosional
sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata
yang tidak sepatutnya.
Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah
sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan,
tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak
tetapi apa yang kita perkatakan pasti
akan dinilai oleh manusia
dan diperhitungkan oleh Allah.
Ya Allah tunjukkan jalan yang benar
Semoga aku tidak tergolong dalam golongan mereka yang sesat...
Amin...

No comments:
Post a Comment