Friday, January 14, 2011

Hahahaha....


Hari ini mama mesyuarat di PPD.
Seperti biasa awal pagi mama telah bertolak
walaupun mesyuarat bermula pukul 9 pagi
kerana mama memegang prinsip mendahului masa.

Mama sampai di sana pukul 7 lebih.
Sempat mama menanda buku dalam kereta.
Pukul 8.10 mama bersiap untuk ke bilik mesyuarat.
Apabila mama menghulur kaki....
mama mula panik...tiada kasut kerja mama
kecuali sepasang selipar yang mama pakai pagi tadi.

Tegesa-gesa mama buka boot belakang... tiada...
lihat bahagian penumpang...juga tiada.
Denyut jantung semakin kencang...
Lalu mama hidupkan enjin
mama ambil keputusan balik semula ke rumah...

Sudah jatuh ditimpa tangga....
mama terperangkap dalam kesesakan lalu lintas..

Mama tak tahu kenapa mama hubungi seorang teman
...mungkin untuk menghilangkan kegelisahan...
Mama terkejut bila diberitahu mama masih ada 15 minit...
huh.....mama tak ada cara lain....
mama berpatah balik ke PPD...
Mama tiba pukul 9.10....nasib baik masih ada beberapa orang
yang sampai lebih lewat daripada mama....

Hahaha....seperti yang disarankan mama labuhkan kain
dan terus duduk....
Nasib baik mesyuarat kali ini tiada pergerakan...

huhuhu....beruntung selipar buruk mama....
dapat bermesyuarat yang begitu rasmi...
Kalau orang lain perasan.....tak taulah mama...
huhuhu....
hihihi...
kahkahkah....
Tak dapat bayangkan perasaan mama....

No comments: