Assalamualaikum ,
Selamat Petang,
dan Selamat Hari Guru.
semua
Penolong Kanan
semua
GKMP,
dan
rakan-rakan guru
Alhamdulillah
syukur ke hadrat Illahi
kerana dengan limpah izinnya detik itu hampir
kini.
Sempat juga saya merasai detik ini tanpa sempat menghitung hari…
.terasa amat cepat masa berlari
.terasa amat cepat masa berlari
Sebenarnya
Saya cintakan dunia
pendidikan
Saya suka kerjaya ini
Saya sayangkan anak-anak
Saya kasihkan teman-teman
Kerana sejak saya lahir
saya hidup dalam lingkungan kasih sayang warga
pendidik
yang
usia sudah di hujung hari.
Setulus
kesyukuran saya panjatkan pada Illahi
kerana
diberi peluang bernafas lagi
untuk bersara
agar sisa usia yang berbaki ini
dapat saya gunakan untuk diri sendiri.
dapat saya gunakan untuk diri sendiri.
Dan
pada
kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada puan pengetua yang sama-sama susah dan senang
sepanjang kita bertugas walaupun sedetik cuma.
kepada puan pengetua yang sama-sama susah dan senang
sepanjang kita bertugas walaupun sedetik cuma.
Terima
kasih puan
kerana
banyak membantu
melegakan
yang buntu
menunjuk
arah dan pandu
melicinkan
tugas satu demi satu
Buat En. Mazlan dan Pn.Julia,
Terima
kasih
walaupun
tak lama bermesra
tapi
bagai sudah terpahat di jiwa
kerana
dari jelingan mata
terpandang
manis bahasa
terdengar
lunak bicara
Juga
Terima
kasih kepada buat En.Rani,teman2 GKMP
dan teman-teman
merangkap adik-adik tercinta
yang
rasanya sebati bagai keluarga,
Yang menjadi penyeri setiap masa
Yang
menjadi penghibur ketika lara
Terima
kasih kerana memberi kerjasama,
Terima
kasih kerana sering
meminjam
bahu,meminjam telinga
Terima kasih segunung intan
Itu
tandanya teman
Terima kasih seluas lautan
Terima
kasih setulus hati
Moga
usaha Allah berkati
Terima
kasih juga buat teman2 yang turut serta
Pn.Hazana dan dinda Azamima
Bila
terlihat kelibat rupa
teman-teman jauh di mata
tapi pasti
di hati mekar sentiasa
yang sudi
bersama-sama kita
Walaupun terpaksa
tinggalkan urusan buat seketika
moga itu
tandanya saya tak dilupa
Terima
kasih tidak terhingga
Teman2,
Tentunya
sepanjang kita berkenalan
Ada usikan
ada teguran
Tapi ketahuilah
teman2
Teguran saya lambang
ingatan
Penuh dengan limpahan
sayang
Kerana manis jangan
mudah ditelan
Pahit pula jangan
mudah dibuang
Kerana kekadang perlu
berpesan
Ingat mengingat
sesama teman
Demi membentuk warga
cemerlang
Teman2
Walaupun
sering bertukar ganti
Berubah
angin berubah rasa
Tapi
pada saya, janganlah dilupa
Dan
pada masa2 mendatang
Tika
tekun tugas ditantang
Ingatlah
saya yang pernah bersama teman2
Yang
mungkin tika itu sedang menanggung rindu
teman2,
harapan saya menggunug tinggi
mengiring langkah berlalu pergi
yang entah bila ketemu lagi
yang entah bila ketemu lagi
moga ikatan yang terjalin ini
takkan terputus hanya di sini
jika sudi kutiplah sisa-sisa memori
Simpan kemas di sudut hati
Moga kukuh ukwah nurani
teman2
Saya
ingin memohon jutaan maaf
Andai
saya pernah
Tersasul
bicara tersalah tingkah
Moga
tiada terguris hati , terluka jiwa
Teman2
doa restu saya iringi
Agar kesihatan kalian tetap terjaga
Agar
hidup kalian bahagia sentiasa
Agar
segala budi dan jasa
Dirahmati
Yang Maha Esa
Sepanjang
usia
yang
bertunas ada luruhnya,
yang muda
ada tuanya,
yang hulu
ada hilirnya,
yang
pasang ada surutnya, dan
yang datang
pasti akan pergi jua
Sekian
terima kasih.
No comments:
Post a Comment