Sunday, October 28, 2012

tahun ini



Hari Raya Haji tahun ni jatuh pada hari Jumaat.
Hari Khamis sekolah mama dah cuti
ambil cuti peristiwa
tapi mama tetap ke sekolah
kerana SPM dah tak lama.


Tahun ini sekali lagi mama dan keluarga
berhari raya haji di rantauan.
(sebenarnya raya haji kami jarang balik kampung
kerana cuti pendek)


Tahun ni Chik jemput berhari raya di rumahnya
pada hari raya pertama.



Jadi...mama masak pulut kacang
untuk dibawa ke rumah chik
atas permohonan tok mi.


selain tu...
mama masak juga nasi impit
bersama -sama membernya
iaitu kuah kacang dan rendang.


untuk memeriahkan meja
di pagi raya...
kami masak juga spaghetti
kerana selepas solat raya kami ke Suakasih.

No comments: