Sehari sebelum tiba masanya
bos minta mama gantinya untuk berucap
pada majlis tu.
dan seperti biasa mama gelabah
tapi mama tetap akur kerana merasakan itu satu arahan.
TEKS
UCAPAN
Terima Kasih Pengerusi Majlis
Yang Berusaha En..........., Pengetua SMKTK
Puan ....., Penolong
Kanan
Yang dihormati guru-guru pengawas,
guru-guru kanan mata pelajaran,
rakan-rakan guru
dan semua anak pengawas yang disayangi.
Assalamualaikum warahmatullahhibarakatuh
Terlebih dahulu izinkan cikgu memanjatkan kesyukuran
ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah-Nya
dapat cikgu bersama-sama teman guru dan anak-anak pengawas
pada malam ini sempena Majlis Jamuan Akhir Tahun Badan Pengawas 2012.
Anak-anak cikgu yang dikasihi,
Di sini cikgu ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
kepada semua pengawas sekolah yang telah dilantik pada tahun ini.
Cikgu percaya anak-anak yang terpilih merupakan
anak-anak yang memiliki ciri-ciri kepimpinan untuk
membimbing rakan-rakan di sekolah serta dapat membantu
guru-guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka
untuk memberi pendidikan yang berkualiti.
Kembang bebunga idaman ratu
Di pinggir hutan jadi hiasan
Anak-anak laksana
pusaka bermutu
Cemerlang usaha capai wawasan
Sesungguhnya anak-anak yang dilantik seharusnya
berasa bertuah dengan jawatan ini
TAPI
Andainya kita diberi
kuasa,
Pergunakanlah seadanya
dengan adil dan saksama,
Janganlah kesombongan
dan ketamakkan menguasai rasa,
Andainya kita diberi kedudukan,
Hulurkanlah khidmat dan bakti dengan keikhlasan,
Janganlah sampai ujub dan melakukan kezaliman,
Janganlah biarkan kedudukan kita dimurkai Tuhan.
Anak-anak adalah memimpin kecil yang dipilih
untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab
membantu dan mewujudkan satu persekitaran sekolah
yang kemas dan teratur iaitu suasana yang damai,
situasi yang terkawal dan menumpukan kepada fungsi
utama sebuah sekolah iaitu melahirkan murid-murid
yang berpotensi menjadi pemimpin negara pada masa
hadapan dan tunggak pembangunan negara dalam
apa juga bidang yang anak-anak minati.
Anak-anak sepatutnya menjadi contoh
kepada semua murid lain
Cikgu yakin anak-anak telah menjalankan tugas
dan tanggungjawab dengan penuh amanah,
jujur,ikhlas kerana
Kuat burung kerana sayap,
kuat ketam kerana sepit,
kuat kita kerana muafakat
Dan kuat pengawas kerana
berkhidmat
PESANAN CIKGU KEPADA ANAK
PENGAWAS
Bertanya supaya tahu,
belajar supaya berilmu,
berjalan supaya sampai,
berusaha supaya sempurna.
Pendek dihubung, panjang dikerat.
Air setitik dilautkan,
tanah sekepal digunungkan.
Yang jauh dijemput, yang dekat dikampungkan.
Yang ragu diperjelas, yang samar diterang,
yang kusut dileraikan, yang keruh dijernihkan,
yang buruk dibuang, yang
elok dipakai,
yang
usang diperbaharui
DAN yang longgar diperketatkan.
Pada kesempatan ini juga cikgu ingin mengucapkan terima kasih
kepada anak-anak yang bertugas dengan baik sepanjang tahun ini,
Serangkap pantun lama untuk anak-anak
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga,
Untuk anak-anak Tingkatan 5
yang bakal meninggalkan kami
Terbang seiring punai dan helang,
terbang menuju ke langit tinggi;
Walau jejak sudah menghilang,
SETERUSNYA KALUNGAN TERIMA KASIH KEPADA
SEMUA GURU
TERUTAMA GURU PEMBIMBING
PENGAWAS
YANG MENJADI TONGGAK KEJAYAAN.
SAYA YAKIN
Bakti yang ditabur, bukan untuk masyhur.
Kata mutiara
yang dititipkan, tidak mengharapkan balasan.
Akal budi yang dijernihkan, tidak untuk
ganjaran.
Kejahilan ilmu yang dirawat, bukan untuk pangkat
Benih azimat yang disemat, tidak meminta untuk
dihormat.
Jangan berduka cikgu,
Jika jasa dan pengorbanan tidak disanjungi.
Jika penat, lelah dan keikhlasan tidak
dimengerti.
Jika perilaku anak-anak menghiris hati.
Jika sedikit kesalahan dan kealpaan kita dituding jari jemari.
Biarlah cikgu,
penawar kita bila...
Menyaksikan anak-anak didik berjaya...
2 comments:
Oh...tbe2 rindu...rindu pd anak2 disana.walau seketika,byk mgetahui cabaran tgas kekanda..bkn mudah..tp puas..
kannnn...seronok tapi mencabar
Post a Comment